Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan Lima Bot...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima bot nelayan Vietnam...

PBB Mengutuk Keras Ujian...

NEW YORK (PBB) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keras pelancaran...

Video: Murid Tahun 1...

RAKAMAN litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilarikan oleh...

‘Doktor’ Sebar HIV Dipenjara...

Phnom Penh - Seorang pengamal perubatan tidak berlesen dihukum penjara 25 tahun oleh...

Kelindan Lori Maut Dalam Kemalangan Di Bintulu

BINTULU – Seorang maut serta dua cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua lori di KM43 Jalan Selangau-Tatau awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mangsa yang maut ialah kelindan lori Andrew Mapang Juni,19, yang turut putus kaki kiri manakala kedua-dua pemandu lori berumur 46, dan 33, hanya cedera ringan.

“Kemalangan melibatkan dua lori dari arah yang sama, sebuah lori dipakirkan di tepi jalan kerana tayar pancit telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori membawa muatan besi yang membawa mangsa serta dipandu lelaki berusia 33 tahun itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian dan kaki kirinya tersepit di tempat duduknya.

“Mayat kelindan sudah diserahkan kepada polis,” katanya sambil menambah bomba menerima panggilan pada 4.59 pagi dengan jentera sampai ke lokasi pukul 6.05 pagi dan operasi selesai 6.19 pagi. – BERNAMA

Kategori