Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Demam Dengi Di...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 1,051 kes demam denggi dicatat dalam tempoh sembilan bulan...

Datuk Seri, 2 Polis...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan dua anggota polis direman...

Kes Rasuah VLN: AGC...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memberi tempoh sehingga 9 September kepada Jabatan Peguam Negara...

Pelajar Maut Perjalanan Balik...

AJAL... Seorang pelajar universiti menemui ajal di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Kem Desa...

Kelas Bimbingan Percuma YPM Bantu 22,200 Pelajar

KUANTAN – Seramai 22,200 pelajar menerima manfaat kelas bimbingan percuma kelolaan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Zakariah Md Sam berkata keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya yang tinggal di luar bandar.

Pelajar terlibat akan menduduki peperiksaan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang mengikuti kelas tambahan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

“Program ini dilihat berkesan membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek berkenaan. Sejak 2016, secara keseluruhan pelajar yang mengikuti kelas tambahan ini adalah seramai 30,335 orang.

“Pada tahun ini, YPM meluaskan program ini ke semua 222 Parlimen seluruh negara dengan masing-masing 111 pusat bagi SPM dan UPSR,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi melaksanakan program itu, YPM memperuntukkan RM4.3 juta dan turut dibantu Celcom Axiata Bhd yang menyumbangkan sebanyak RM1 juta.


Zakariah menambah objektif utama pelaksanaan program itu adalah untuk meningkatkan penguasaan dan pencapaian akademik yang merupakan pemangkin kecemerlangan modal insan.

Selain itu, program itu dapat membantu pelajar mendapat pembelajaran tambahan secara percuma di luar waktu pembelajaran rasmi daripada guru berpengalaman. – BERNAMA

Kategori