Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pendakap Gigi Palsu Undang...

PENGGUNAAN pendakap gigi yang palsu atau pemasangan pendakap gigi oleh individu yang tidak...

Wanita Indonesia Dibunuh Rakan...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Indonesia maut dipercayai ditikam pada bahagian dada...

Bunyi Letupan Kuat Gegarkan...

BANDAR RAYA NEW YORK – Beberapa rakaman video yang dikongsikan di media sosial...

Ibu Bapa Pegawai Kontrak...

KUALA LUMPUR – Kemudahan perubatan kepada 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmatan...

Kelar Anak: JKM Pahang Beri Khidmat Kaunseling

KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini memberi bantuan kaunseling kepada anggota keluarga kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan yang maut dikelar ibu kandungnya pada Ahad lalu.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata selain suami suspek, kauseling melibatkan dua lagi anak mereka yang berusia tujuh dan lima tahun bagi memastikan mereka tidak mengalami trauma akibat kejadian.

“JKM juga memberikan bantuan tabung segera sebanyak RM300 kerana difahamkan mereka mengalami masalah kewangan ekoran suami suspek yang bekerja sendiri jarang mendapat peluang kerja.

“Mereka banyak dibantu ibu suami suspek. Semakan JKM juga mendapati mereka tidak pernah memohon bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini,” katanya semasa dihubungi, di sini hari ini.

Zulkhairi berkata JKM akan terus memantau keluarga itu dari semasa ke semasa dan bantuan akan diberikan mengikut keperluan dan kelayakan mereka.

Pada Ahad lalu, polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana dipercayai mengelar leher anaknya di bilik tidur rumah mereka di Felda Jengka 13, Maran selepas dipercayai mengalami halusinasi.


Kejadian dipercayai berlaku pada 8.40 malam selepas suspek membawa mangsa yang sebelum itu tidur di ruang tamu bersama-sama bapanya, masuk ke bilik tersebut.

Perbuatan itu disedari suami suspek yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Jengka namun mangsa disahkan telah meninggal dunia. – BERNAMA

Kategori