Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kren Tumbang Di Titiwangsa,...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu bas berdepan pengalaman ngeri apabila sebuah kren dari...

Tuntutan Terhadap Sabah Tidak...

LAHAD DATU - Rancangan pihak tertentu untuk membuat tuntutan terhadap Sabah tidak menjadi...

Lori Bawa Minyak Hitam...

SHAH ALAM - Sebuah lori satu tan yang membawa minyak hitam terpakai terbalik...

Teksi Haram: Polis Nasihat...

KUALA LUMPUR - Pihak polis menasihati pemandu teksi lain agar tidak mengambil tindakan...

Kelantan Terima Tajaan Daripada Syarikat Kosmetik

KOTA BHARU – Skuad bola sepak Kelantan menerima tajaan tambahan berupa kasut bola daripada sebuah syarikat kosmetik bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengarah Urusan Glow Glowing Beauty Skin Sdn Bhd, Datuk Rowi Dollah berkata syarikat itu sebelum ini telah menaja jersi perlawanan dan latihan bagi pasukan The Red Warriors itu.

“Penajaan tambahan ini dilakukan bagi menaikkan semangat pemain untuk beraksi lebih cemerlang dalam setiap perlawanan yang ditempuhi mereka.

“Kasut bola berkenaan akan diberikan secara bergilir dengan seorang pemain akan menerima sepasang kasut pada setiap bulan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Beliau bagaimanapun merahsiakan harga dan jenama kasut bola yang akan diberikan kepada pemain Kelantan.

Syarikat itu sebelum ini telah menyerahkan sepasang kasut, masing-masing kepada dua penyerang Kelantan iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad. – BERNAMA

Kategori