Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesakit Sebelum Ini Terima...

IPOH – Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pesakit yang menerima pemberian pek...

Langkah UMNO, BN Sertai...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi penegasan, bahawa penyertaan...

Pengendali Kem PLKN Akan...

Pengendali kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara yakin kerajaan tidak...

‘Walk In’ Suntikan Penggalak...

KUALA LUMPUR : Keputusan mengenai dasar 'walk in' atau datang terus bagi mendapatkan...

Kelantan Rombak Benteng Pertahanan Bertemu Perak

KOTA BHARU – Kelantan akan melakukan rombakan terhadap benteng pertahanannya bertemu Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Pemangku jurulatih The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah berkata langkah itu perlu diambil bagi memastikan Kelantan tidak lagi mengalami kekalahan dalam baki enam perlawanan bagi mengelak pasukan itu tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.

“Kita adakan perubahan di bahagian tersebut kerana ia dilihat sering ‘terbuka’ apabila diserang pemain lawan.

“Saya harap pemain terutama di jentera serangan faham dan terjemahkan dalam perlawanan kerana kita tidak lagi boleh menerima sebarang kekalahan kerana ia menyukarkan pasukan untuk kekal dalam Liga Super,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Perlis itu berkata barisan penyerang TRW juga seharusnya mempunyai sikap matang apabila mempunyai peluang menjaringkan gol.

“Kematangan di barisan serangan akan wujud apabila pemain sendiri ada daya usaha menyudahkan peluang terhidang.

“Apa pun kita tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja. Pemain perlu ambil pendekatan tidak kira macam mana pun kerana kita perlu mengutip sebanyak mungkin mata dalam baki enam perlawanan itu,” katanya.


Beliau turut mengharapkan penyerang import dari Brazil, Cristiano Marcolino Santos pulih daripada kecederaan bagi memperkuatkan jentera serangan pada perlawanan malam esok.

“Kami harap kecederaan paha dia sudah pulih untuk diturunkan beraksi membantu kita kerana pasukan ketika ini tidak cukup pemain import. Jadi mahu tidak mahu dia terpaksa diturunkan juga atau pun semua pemain beri sokongan kepadanya beraksi malam esok,” katanya.

Kelantan kini berada di kedudukan ke-12 dan tercorot liga dengan hanya mengumpul 11 mata selepas 16 perlawanan hasil tiga kemenangan, dua seri dan 11 kekalahan. – BERNAMA

Kategori