Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Sifatkan Banjir Landa...

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir...

Bos Fashion Valet Vivy...

SIAPA yang tak kenal dengan ikon fesyen dan perniagaan terkenal, Vivy Yusof? Sebagai pengasas dua...

Kerajaan Bantu Hapus Hutang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka...

La Nina Muncul Lagi,...

CANBERRA – Biro Meteorologi Australia mengesahkan pembentukan corak cuaca La Nina untuk tahun...

Kelantan Lepaskan Ghaddar Ekoran Kecederaan ACL

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terpaksa menamatkan khidmat penyerang import sensasi dari Lubnan Mohammed Ghaddar yang mengalami kecederaan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata penamatan kontrak penyerang berusia 34 tahun itu dilakukan atas persetujuan bersama daripada kedua-dua pihak.

“Dia (Mohammed Ghaddar) dilaporkan mengalami kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL) (lutut) yang memerlukan tempoh rawatan panjang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, KAFA membuat kejutan apabila membawa masuk Ghaddar sebelum pintu pendaftaran pemain ditutup pada 13 Feb lalu.

Sehingga kini pemain itu hanya menyumbangkan dua gol daripada 11 perlawanan termasuk aksi Piala FA walaupun merupakan penjaring terbanyak Liga Super musim lepas.

Bibi Ramjani berkata pasukan The Red Warriors (TRW) sebenarnya sangat memerlukan seorang pemain import di bahagian serangan bagi memantapkan posisi tersebut, namun keputusan untuk melepaskan Mohammed Ghaddar terpaksa dilakukan bagi mengelak pembaziran kewangan.


Beliau berkata aspek pembayaran gaji kepada pemain itu sudah dilunaskan KAFA lebih awal dan buat masa ini, persatuan tidak mahu mengulas sekiranya berhasrat untuk membawa masuk pemain import baharu bagi menggantikan Ghaddar.

“Kami perlu merujuk perkara tersebut (kemasukan pemain import baharu) kepada Malaysia Football League (MFL). Sekiranya dibenarkan membawa masuk pemain import baharu, kami sedia berbuat demikian,” katanya. – BERNAMA

Kategori