Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jualan Kenderaan Ford Naik...

KUALA LUMPUR - Jualan kenderaan Ford pada November melonjak 32 peratus berbanding tahun...

Pasport Tengku Adnan Dikembalikan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Menteri...

Bomba Periksa Keselamatan 115...

SEREMBAN - Sebanyak 115 premis yang menjadi tumpuan orang ramai pada musim perayaan...

Warisan Heret ADUN Kukusan...

KOTA KINABALU : Parti Warisan (Warisan) akan mengheret Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Kelantan Antara Negeri Terima Peruntukan Tertinggi Kerajaan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM400 juta diperuntukkan kepada Kelantan tahun lalu, menjadikan negeri tersebut antara penerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu tidak termasuk peruntukan kepada agensi-agensi negeri, wang ihsan dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

“Semua RM400 juta ini masuk ke kantung kerajaan negeri, hakikatnya bantuan untuk Kelantan antara yang tertinggi kita beri walaupun Kelantan bukan di bawah Barisan Nasional,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Najib menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang ingin tahu sama ada keseluruhan peruntukan RM400 juta kepada Kelantan hanya untuk kerajaan negeri atau termasuk untuk agensi-agensi lain.


Terdahulu, menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkenaan kesediaan kerajaan memberi peruntukan kepada Kelantan bagi melaksanan program ‘Dapur Hijau’ untuk menggalakkan penduduk bercucuk tanam, Najib berkata kerajaan sentiasa menggalakkan sebarang usaha bagi membantu rakyat.

“Kita beri untuk tahun 2015 kesemuanya ialah RM400 juta, bukan sikit. Kita harap daripada RM400 juta ini terpulang kepada kerajaan negeri nak agih-agihkan untuk buat program bantu rakyat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori