Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Guna Dron...

JAKARTA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji...

Pertukaran 2 Pegawai SPRM...

KUCHING - Pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana...

Perodua Bezza Dibuka Untuk...

KUALA LUMPUR - Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya...

Niat Jahat Sebarkan Anak...

SHAH ALAM – Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini menyifatkan penyebaran maklumat kononnya...

Kelab Kiwanis Ipoh Anjur Majlis Amal Untuk Bantu Operasi

IPOH – Kelab Kiwanis Bandaraya Ipoh bakal menganjurkan makan malam amal dan konsert bagi mengumpul dana sebanyak RM100,000 untuk menanggung kos operasi pusat jagaan harian bagi kanak-kanak Sindrom Down.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Wong May Ing berkata makan malam amal yang bertemakan “Mencari Malaikat” itu diadakan pada 18 Nov depan di sebuah restoran di sini.

“Anak-anak ini memerlukan bantuan khas untuk menjalani kehidupun seharian. Saya harap bukan sahaja individu malah badan korporat boleh membantu menjayakan makan malam amal ini,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Wong berkata kerajaan negeri melalui pejabat Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat akan menyumbangkan RM10,000 kepada kelab berkenaan.


Kelab Kiwanis Bandaraya Ipoh yang ditubuhkan sejak 12 tahun lepas merupakan satu-satunya pusat jagaan harian bagi anak-anak Sindrom Down di sini.

Mempunyai peralatan terkini bagi pembelajaran anak istimewa, kelab itu beroperasi lima hari seminggu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Untuk maklumat lanjut mengenai makan malam amal orang ramai hubungi Kelab Kiwanis Bandaraya Ipoh di talian 05-5468386. – BERNAMA

Kategori