Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Seram Temui ‘Jenglot’...

ALANGKAH terkejutnya seorang petugas Pusat PosLaju Malaysia di Shah Alam, Selangor apabila mendapati salah...

Pelajar Anjur Forum Anwar...

Pelajar yang bertanggungjawab menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Universiti Malaya...

Enjin Lokomotif KTMB Terbakar...

KLUANG - Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Kanan Penguasa Bomba...

Apa Khabar Michael Schumacher?

LONDON - Musim sejuk kali ini diiringi dengan cuaca yang cerah tetapi tiada...

Kekurangan Murid Pada Awal Persekolahan Akan Diatasi

SEREMBAN – Kekurangan murid di sesebuah sekolah tidak dapat dielakkan kerana pelbagai faktor, terutama sekolah yang berada di kawasan terpencil, kata Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pkharuddin Ghazali.

Bagaimanapun, katanya, kekurangan murid pada minggu pertama biasanya disebabkan proses pendaftaran dan kehadiran murid dijangka akan bertambah selepas itu.

“Selepas dua minggu, kalau terdapat apa-apa kekurangan di mana-mana, kami akan buat mesyuarat. Dalam tempoh sebulan, kami akan kumpulkan kesemua data tersebut dan seterusnya dibawa ke peringkat kebangsaan,” katanya kepada Bernama.

Statistik sebenar jumlah pelajar yang bersekolah di setiap sekolah di seluruh Negeri Sembilan akan diketahui sepenuhnya bulan depan, katanya.

Pkharuddin berkata Jabatan Pendidikan Negeri tidak dapat berbuat apa-apa pada awalnya kerana ini bukan masalah yang disengajakan.


“Ia bergantung kepada pilihan ibu bapa untuk menghantar anak mereka di sesebuah sekolah.

“Selain itu, faktor kawasan sekolah yang terletak di kawasan perkampungan juga menyumbang kepada masalah ini,” kata Pkharuddin.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai hanya seorang murid Tahun Satu, Muhammad Danial Haiqal Abu Hurairah, yang mendaftar untuk sesi persekolahan 2015 di Sekolah Kebangsaan Pasir Ambor,Juasseh, Kuala Pilah, semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori