Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Pemandu Grab Dibelasah Dan...

MALANG nasib seorang pemandu GrabCar apabila dibelasah dan dipaksa mencuri telefon bimbit penumpangnya,...

Remaja Perempuan Maut Dalam...

KOTA KINABALU - Seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di...

Pemimpin UMNO, DAP Mengadap...

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap pimpinan kanan parti...

Bersatu Tidak Terima Anggota...

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak kehadiran anasir luar dan...

Kekurangan Bekalan Minyak Masak Dijamin Pulih Isnin Depan

LARUT – Bekalan minyak masak di pasaran dijamin stabil sepenuhnya Isnin depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah berkata kebanyakan pembekal minyak masak memberi jaminan kekurangan bekalan akan pulih minggu depan, manakala sebilangan kecil lagi sedang mendapatkan bekalan daripada pengilang.

Selain itu, Hamzah memberi amaran pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas peruncit yang enggan menjual minyak masak satu kilogram (kg) di pasaran.

“Peruncit yang sudah menerima bekalan minyak masak satu kg tetapi tidak menjualnya, ia merupakan satu kesalahan dan kita akan mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Veteran UMNO di Batu Kurau dekat sini hari ini.

Hamzah mengulas cadangan Persatuan Kedai Barang-Barang Runcit Perak yang mahu menghentikan sementara penjualan minyak masak satu kg disebabkan kekeliruan terhadap penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Presiden persatuan itu, Chuah Seong Kok dalam sidang media di Ipoh hari ini berkata mereka mahu menghentikan sementara penjualan atau mengurangkan penjualan minyak masak peket satu kg sementara menunggu garis panduan daripada KPDNKK dengan dakwaan ada anggotanya yang sangat keliru sama ada minyak dalam peket itu adalah barangan kawalan ataupun tidak.

Hamzah menegaskan tindakan menyorok minyak masak yang merupakan barang kawalan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan berdepan denda RM1 juta, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.


Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya membuat laporan kepada kementerian sekiranya mengetahui mana-mana peruncit yang memperoleh bekalan tetapi enggan menjualnya.

Isu kekurangan bekalan minyak masak timbul selepas Hamzah pada 26 Okt lalu mengumumkan harga minyak masak peket satu kg kekal pada harga RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuatkuasa 1 Nov lalu.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata viral menyatakan harga gas petroleum cecair (LPG) akan naik sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk merosakkan pemikiran rakyat.

“Ada orang viral harga gas LPG naik RM7 dan macam-macam menyebabkan rakyat anggap kerajaan tidak bertanggunggjawab sedangkan kerajaan tidak menaikkan harga gas LPG masih kekal RM26.60 bagi tong 14 kg,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori