Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Wanita Didakwa Penyebab 6...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini...

DFTZ Pertama Dunia Untuk...

SEPANG - Malaysia menepati janjinya untuk memperkasa perusahan kecil dan sederhana (PKS) dengan...

Polis Buru 4 Suspek...

SEREMBAN - Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah...

P.Pinang Diminta Perjelas Penutupan...

GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta kerajaan negeri supaya berterus terang...

Kekangan Kewangan Tak Jejas Aspek Keselamatan – PAT

KUANTAN – Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hari ini memberi jaminan operasi ketenteraan dan aspek keselamatan serta kedaulatan negara tidak terjejas berikutan kekangan kewangan.

Beliau berkata kekangan ekonomi tidak boleh dilihat sebagai ‘death warrant’, sebaliknya memerlukan kebijaksanaan untuk melakukan pendekatan berhemah dan penyesuaian semula agar sesuai dengan keadaan semasa.

“Kita perlu optimumkan kewangan yang ada dengan menggunakannya sebaik-baiknya bagi mengelakkan pembaziran dan kurangkan perbelanjaan yang tidak memberi manfaat.

“Bagaimanapun, keadaan ini bukan bererti suatu pengakhiran kerana kita tidak akan sesekali berkrompromi dalam keupayaan operasi hanya disebabkan kekangan kewangan,” katanya.

Raja Mohamed Affandi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-19 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Raja Mohamed Affandi juga memberi jaminan bahawa kekurangan kewangan tidak akan menjejaskan program kebajikan oleh pasukan keselamatan itu, sama ada melibatkan kebajikan veteran tentera atau program jiwa murni.

Berhubung perubahan tampuk pemerintahan Amerika Syarikat dengan pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45, Raja Mohamed Affandi berkata setakat ini hubungan bilateral ketenteraan kedua-dua negara masih di peringkat sama, berdasarkan terma yang dipersetujui.


Beliau seterusnya menggariskan empat teras utama sebagai nadi penggerak kepada angkatan tentera, iaitu bersatu dan berkemampuan untuk bekerjasama sebagai sebuah entiti, bersikap profesional untuk menempa kecemerlangan, sentiasa bersiap siaga meghadapi segala kemungkinan dan menerapkan nilai murni.

“Saya tekankan bahawa warna hijau (tentera darat), biru (tentera udara) dan putih (tentera laut) hanya warna yang menentukan identiti kita, tapi tidak seharusnya menjadi pemisah kepada kita untuk menjalin kerjsama.

“Kerjasama dan keupayaan operasi akan dilakukan mengikut parameter masing-masing, bersesuaian dengan keupayaan yang ada namun semuanya adalah seiring untuk menuju matlamat sama,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Raja Mohamed Affandi melafazkan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-19 bermula 16 Dis lalu dan berharap akan mendapat sokongan daripada seluruh pasukan keselamatan.

“Pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang dipikul di bahu saya, dan saya terima dengan penuh kesedaran dan sedar amanah ini akan ditimbang ke atas saya kelak.

“Saya mohon diberikan kewajaran berfikir, kekuatan merancang dan semoga apa yang saya akan putuskan akan membawa kebaikan dan manfaat kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori