Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pesakit Saraf Terharu Terima...

KUANTAN - Tiada perkataan yang mampu diucapkan oleh seorang pesakit saraf melainkan ucapan...

Syafiq Ahmad Digugurkan Ke...

PETALING JAYA - Penyerang Kedah, Syafiq Ahmad digugurkan daripada skuad Bawah 22 Tahun...

Penjawat Awam Jalan Kaki...

PUTRAJAYA - Lebih 4,000 penjawat awam berjalan kaki sejauh 1.6 kilometer di pusat...

Bekas Menteri Besar Pahang...

KUANTAN - Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, 79,...

Kekalkan Pemakanan Sihat Semasa Musim Perayaan

KUALA LUMPUR – Gaya pemakanan sihat perlu diamalkan di kalangan masyarakat semasa sebarang musim perayaan yang disambut sepanjang tahun di negara berbilang kaum ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata orang ramai perlu berhati-hati apabila mengambil makanan dan senantiasa mengamalkan pemakanan sederhana dengan mengambil kira risiko penyakit jika mengambil makanan secara berlebihan.

“Semasa musim perayaan, kita harus senantisa ingat bahawa kesihatan adalah nikmat paling besar.

“Mari kita fokus pada kesihatan kita dengan mengamalkan pemakanan secara sihat dan ketika menyambut Krismas dan Tahun Baharu,”kata beliau dalam ucapan hari ini sempena Krismas.

Subramaniam yang juga presiden MIC berkata, Krismas adalah hari yang amat bermakna dan penuh tradisi dan oleh itu hari istimewa ini perlu disambut bersama ahli keluarga dan rakan-rakan dalam suasana mesra.


Bagi rakyat Malaysia, Subramaniam berkata, ia merupakan satu lagi kesempatan untuk berkumpul bagi mengukuhkan perpaduan kaum dan persefahaman agama yang telah lama terjalin dengan mengadakan ‘rumah terbuka’ yang menjadi tradisi unik menyambut sebarang perayaan di Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut Krismas.

“Semoga Tuhan memberkati keamanan dan kegembiraan dalam hati sanubari keluarga di Malaysia biarlah ini menjadi satu lagi kesempatan untuk semua rakyat Malaysia bersatu-padu dengan mengenepikan perbezaan agama dan kaum,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori