Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rakyat Diminta Jaga Kesihatan,...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat menjaga...

Terkejut Gosip Cinta Neelofa...

PETALING JAYA - Penerbit dan pelakon Hans Isaac terkejut apabila bekas kekasihnya iaitu...

Kuda Lancelot Bakal Diiktiraf...

ISKANDAR PUTERI - Seekor kuda jantan baka Friesian yang dilahirkan di Leisure Farm, di...

3 Lagi Mayat Mangsa...

GEORGE TOWN - Tiga mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai,...

Kekal Penjara 12 Tahun Terhadap Anak Bekas Anggota Militan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang anak bekas anggota millitan Daesh atas sabitan kesalahan bersuhabat mempromosi aktiviti keganasan di negara ini.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan Abu Daud Murad Halimuddin untuk meringankan hukuman.

Panel hakim turut dianggotai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas memutuskan rayuan oleh pemuda berusia 27 tahun itu tidak mempunyai merit.

Abu Daud, anak sulung Murad Halimmuddin Hassan, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di No 61, Pengkalan Batu Hampar, Air Putih, Pendang, Kedah pada 25 Mac, 2015.

Mahkamah Tinggi juga turut menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap bapanya, Murad, 50, selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan terlibat dalam aktiviti keganasan.

Dua beranak itu diperintah menjalani hukuman mulai tarikh tangkapan pada 5 April, 2015.

Pada prosiding hari ini, peguam dua beranak itu, M. Hafiz Zainol Abidin menarik balik rayuan Murad selepas memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah meninggal dunia.


Murad dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Teluk Intan, Perak, pada 21 Oktober tahun lepas.

Semasa hujahan, Hafiz memohon mahkamah mengurangkan hukuman terhadap Abu Daud kerana anak guamnya itu tidak pernah ke Syria atau menyertai dalam aktiviti militan.

Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi membantah rayuan itu dengan alasan kesalahan tersebut adalah serius kerana menghasut keganasan dengan merancang untuk mencetuskan huru-hara di negara ini, merancang menculik beberapa pemimpin negara serta menyerang kem tentera untuk mendapatkan senjata.

Mengikut fakta kes, Murad Halimmuddin telah pergi ke Syria dan pada mulanya menyertai kumpulan militan, Ajnad Al Syam sebelum menyertai kumpulan Daesh.

Dia kembali ke negara menerusi Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. – BERNAMA

Kategori