Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPWM Terus Beri Kaunseling...

KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memberi khidmat kaunseling...

Pelabur Asing Jual Saham,...

PASARAN saham negara terus mengalami kemerosotan apabila pelabur asing menjual saham yang disenaraikan...

Peminat Digesa Tidak Letak...

MOSCOW - Pengendali Brazil, Tite menganggap Brazil tidak seharusnya meletakkan harapan sepenuhnya di...

FELDA Jawab Laporan Tidak...

KUALA LUMPUR - Apakah agenda sebenar sebuah portal berita tempatan memasuki kawasan-kawasan FELDA...

Kejayaan MAS Memerlukan Pengorbanan Pekerja – Prof Azmi

KUALA LUMPUR – Setelah kerajaan dan rakyat mengizinkan ‘pengorbanan’ berbilion ringgit untuk memulihkan Malaysia Airlines (MAS) yang beroperasi di bawah syarikat baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB) mulai 1 Sept, kini kejayaan syarikat penerbangan nasional itu bukan sahaja bergantung kepada pengurusan baharu, malah memerlukan pengorbanan daripada 14,000 kakitangan yang diambil bekerja semula dengan syarikat itu.

Demikian ditegaskan oleh pakar geostrategis di Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia, yang mengingatkan para pekerja bahawa rakyat kini amat mengharapkan pulangan daripada pelaburan yang diperuntukkan untuk pelan penstrukturan semula MAS, dan jika syarikat gagal sekali lagi, tidak mungkin akan ada satu lagi usaha untuk menyelamatkannya.

Beliau memberitahu Bernama, rakyat telah memberi peluang sekali lagi kepada MAS dan oleh itu, Khazanah Nasional Berhad yang memiliki pegangan sepenuhnya dalam syarikat penerbangan itu membelanjakan RM6 bilion untuk memulihkannya dan ‘RM6 bilion ini adalah wang rakyat dan ini menunjukkan sokongan padu rakyat kepada MAS.’

“Dan pada ketika ini, rakyat meminta pengurusan MAS dan juga para pekerjanya memberi komitmen yang paling tinggi ke arah memajukan MAS, selari dengan syarikat penerbangan lain yang berjaya.

“Maknanya, 14,000 pekerja ini perlu menunjukkan mereka berterima kasih sebenarnya serta penghargaan mereka kerana diambil bekerja dalam syarikat baharu, dan inilah yang rakyat mahu lihat,” kata Dr Azmi.

Beliau berkata bibit-bibit awal kejayaan usaha pemulihan sudah mula muncul dengan pengurangan kos operasi, termasuk pemberhentian 6,000 pekerja.

brahims

Awal Mei lalu, syarikat penerbangan nasional telah menandatangani perjanjian penyelesaian hutang bersama penyedia katering Brahim’s Airline Catering Sdn. Bhd. (BAC), menjimatkan kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan bil bulanannya.

BAC mempunyai kontrak terbesar di antara kesemua 4,000 rundingan semula kontrak bekalan, sebahagian daripada pelan pemulihan syarikat penerbangan tersebut.

Di samping itu, rasionalisasi laluan penerbangannya telah menyaksikan pengurangan serta pemberhentian destinasi laluan yang tidak menguntungkan.

“Kita mahu melihat bukan sahaja kos rendah itu memberikan keuntungan, bahkan dapat menarik penumpang yang lebih ramai. Jadi itu cabarannya,” tambah beliau.

Menurutnya cabaran itu bukan terletak kepada pengurusan tertinggi, malah 70 peratus atau 80 peratus terletak kepada mereka yang berada di bawah atau di luar lingkungan pengurusan tertinggi kerana mereka inilah yang berhadapan dengan penumpang.

“Dalam industri penerbangan, semuanya berlandaskan penumpang, apa yang dikatakan penumpang, apa yang dirasai oleh penumpang,” katanya.

Dr Azmi berhujah, penumpang tidak akan berurusan dengan pengurusan tertinggi tetapi dengan 14,000 yang di luar lingkungan pengurusan tertinggi dan adalah penting jika pengurusan tertinggi memberi komitmen, komitmen yang sama harus diterjemahkan oleh para pekerja yang lain.


Downloads1-600x3751

Dr Azmi tertarik dengan komitmen yang diberi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller untuk mengembalikan syarikat itu ke landasan keuntungan dalam tempoh tiga tahun, dan beliau yakin ini akan menjadi kenyataan.

“Sebenarnya salah satu tanggungjawab CEO adalah untuk mendapatkan barisan pengurusan yang serasi dengan beliau. Dan yang paling menarik ialah selain daripada pengurusan tertinggi yang terdiri daripada rakyat asing, ada antara rakyat asing itu terdiri daripada pesaing beliau sendiri. Pesaing-pesaing Mueller semasa beliau dikatakan berada di Luthansa, semasa beliau berada di Aer Lingus.

“Jadi ini kita boleh baca strategi Mueller, beliau tidak menghiraukan seteru walaupun sebelum ini berseteru dalam perniagaan tapi beliau mahu mendapatkan kepakaran yang sebenar. Itu beliau sanggup dikatakan mengambil seteru beliau sebelum ini,” katanya.

Dr Azmi berkata yang cuba dilakukan ialah bagaimana etika bekerja pengurusan itu dapat diturunkan ke bawah iaitu barisan pekerja kerana penerbangan adalah satu perkhidmatan.

Dalam lain perkataan, walaupun barisan pengurusan tertinggi orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman, itu tidak akan memberi makna apa-apa, jika yang di bawah itu tidak mahu bekerjasama.

“Jadi dalam hal ini, rakyat tertanya-tanya adakah yang 14,000 di luar pengurusan tertinggi itu sudah bersedia, kerana rakyat sudah memberikan sokongan. Jadi itu yang dipersoalkan oleh rakyat.”

Dr Azmi merayu kepada para pekerja supaya mengubah sikap, di samping meninggalkan sikap kerja lama dan sikap yang tidak baik, sebaliknya mengambil sikap baharu dan tinggalkan sikap ‘business as usual’ (macam biasa sahaja).

Sebagai contoh, jika mereka disuruh bekerja di luar masa kerja sepatutnya mereka bekerja, sepatutnya tidak timbul dikatakan desas-desus, tidak timbul suara-suara sumbang dalam hal itu.

“Kerana, kalau kita lihat, satu syarikat yang berteraskan komersial, pengorbanan perlu dilakukan, dan salah satu pengorbanan yang paling mudah ialah kerja lebih masa. Dan kerja lebih masa ini sepatutnya diterima dengan hati terbuka,” katanya.

Beliau berkata semua pekerja harus ingat bahawa sekiranya MAS tidak dapat dipulihkan, senario yang terburuk ialah semua kakitangan akan hilang pekerjaan.

“Bagi saya, kalau nak ditanyakan apakah kesan yang boleh meruntuhkan MAS, bukan faktor luaran tapi sebenarnya faktor dalaman yang boleh meruntuhkan apa yang telah direncanakan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori