Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bakat Paling Utama, Amar...

DIBERI kepercayaan memegang watak utama tidak menjamin nama pelakon Amar Asyraf menjadi sebutan...

‘Amy Lawat Hendak Tunjuk...

MAKIN lama, makin panas. Itulah yang boleh kami gambarkan tentang konflik yang berlaku...

Lewat Bela Kes Chong...

JOHOR BAHARU - Kelewatan mempersembahkan kes doping pemain badminton negara Datuk Lee Chong...

1 Lawan 1: Pakatan...

KETIKA sebuah akhbar tempatan yang diketahui memang cenderung pembangkang menyiarkan berita muka depan...

Kedai Emas Rugi RM100,000 Disamun 2 Lelaki

ALOR SETAR – Sebuah kedai emas kerugian kira-kira RM100,000 selepas sejumlah barang kemas dilarikan dua lelaki dalam kejadian samun di premis berkenaan di Jalan Kota dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kedua-dua lelaki terbabit masuk ke dalam premis sebelum memecahkan cermin tempat menyimpan barang kemas menggunakan tukul besi.

“Kita menerima maklumat pada jam 12.55 tengah hari daripada pihak syarikat penggera. Hasil siasatan mendapati suspek memecahkan lapan cermin tempat menyimpan barang kemas sebelum memasukkan barang kemas ke dalam sebuah beg bewarna hitam.

Suspek disyaki melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di belakang premis.


Tiada senjata yang digunakan dalam kejadian samun ini dan identiti suspek masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, polis melancarkan Op Tutup di sekitar bandar Alor Setar bagi memburu suspek sejurus selepas menerima maklumat. – BERNAMA

Kategori