Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesakit Nyanyuk Bakar Hospital...

SEOUL – Seorang lelaki berusia 82 tahun yang menghidap penyakit demensia atau pelupa...

RAM Jangka Pertumbuhan Eksport...

KUALA LUMPUR – RAM Ratings jangka pertumbuhan eksport Malaysia pada November menyusut kepada...

Jennifer Aniston Kahwin Justin...

PASANGAN romantis dan pelakon popular Hollywood, Jennifer Aniston dan Justin Theroux akhirnya bersatu...

Harga Minyak Naik Tertinggi...

TOKYO - Harga minyak meningkat pada Jumaat, merekodkan paras tertinggi dalam tempoh tiga...

Kedai Dua Tingkat Di Kapar Terbakar Teruk

KEADAAN menjadi kecoh apabila sebuah kedai dua tingkat terbakar malam tadi di belakang Maybank, Jalan Kapar.

Lapor Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada jam 10.46 malam membabitkan seorang mangsa namun telah berjaya diselamatkan oleh orang awam yang menyedari kejadian tersebut.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Alimadda Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam yang menyedari kepulan asap tebal dari kedai berkenaan.

“Seramai 13 pegawai dan anggota pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dan Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi diketuai Komander Mohd Fadeli Abu Sirin yang juga penolong penguasa bomba itu berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.07 malam,” katanya.


Siasatan awal didapati kedai dua tingkat kelas A dengan keluasan 20×70 kaki persegi itu terbakar 90 peratus di bahagian atas.

Bagaimanapun, punca kebakaran dan kos kerugian yang ditanggung masih lagi dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori