Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mavcom Tidak Puas Hati...

SEPANG - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Macvom) tidak berpuas hati terhadap kejadian gangguan sistem...

Lelaki Selamba Angkat Kereta...

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan satu kejadian yang mampu membuat sesiapa...

Polis Sabah Lupus Barang...

KOTA KINABALU - Polis Sabah melupuskan sebanyak 6,185 barangan elektronik berkaitan judi siber...

Sah! Maszlee Bukan Lagi...

KLUANG - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada Ahad mengesahkan yang beliau sudah...

Kedah Setuju Pintu Sempadan Dibuka 24 Jam

ALOR SETAR – Kerajaan negeri secara dasarnya bersetuju dengan hasrat kerajaan pusat supaya pintu sempadan dengan Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah dibuka secara 24 jam berbanding 18 jam pada ketika ini.

Pintu sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam pada masa ini beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata langkah melanjutkan operasi pintu sempadan itu telah mendapat persetujuan perdana menteri pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-128 di Putrajaya, pada Februari lepas.

“Langkah itu bagi menggalakkan kemasukan pelancong asing dan kurangkan masalah trafik di ICQ terutamanya pada waktu puncak,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromsi dengan soal keselamatan dan telah meneliti semua isu berbangkit termasuk kemampuan agensi penguatkuasaan yang bertugas di CIQ itu sebelum membuat keputusan itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Zaini Jaapar (BN-Bukit Kayu Hitam) yang mahu tahu tujuan kerajaan membuka pintu sempadan 24 jam dan adakah kerajaan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.


Ahmad Bashah berkata lanjutan operasi 24 jam CIQ itu dijangka mampu memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi kerajaan negeri khususnya membabitkan kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

“Kita boleh mendapat keuntungan dari sudut pengangkutan (caj dan sebagainya) apabila pelbagai kenderaan dari Thailand terutamanya yang bawa barang-barang pertanian, sayur, buah-buahan masuk ke negara,” katanya.

Malah, katanya, rancangan itu mampu merubah wajah Bukit Kayu Hitam kepada kawasan perindustrian yang lebih maju memandangkan kerajaan negeri merancang mewujudkan Zon Bebas Cukai di atas tanah seluas 2,428 hektar di kawasan itu. – BERNAMA

Kategori