Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Bogel Di...

SEBUAH video yang memaparkan seorang wanita membuka sehelai demi sehelai pakaiannya di khalayak...

8,112 Kes Baru, 12...

Kementerian Kesihatan berkata 8,112 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Hubungan Malaysia-Indonesia Ibarat Sebuah...

JAKARTA - Malaysia sentiasa menganggap hubungan dua hala dengan Indoensia seperti hubungan dalam...

Sebahagian Lagi Laluan Lebuhraya...

KUALA LUMPUR - Sebahagian lagi jajaran Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)...

Kedah Rampas Kedudukan Teratas Liga Super

KUALA LUMPUR – Pasukan Kedah merampas kedudukan teratas Liga Super selepas membenam pendahulu sebelum ini, Pahang 4-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Kedah kini mendahului carta dengan lapan mata, manakala skuad Tok Gajah di kedudukan kedua menerusi kelebihan jaringan walaupun berkongsi tujuh mata dengan Perak dan T-Team selepas empat perlawanan.

Skuad Lang Merah membuka jaringan menerusi Baddrol Bakhtiar pada minit terakhir babak pertama, sebelum pemain import dari Denmark, Ken Ilso Larsen menggandakan jaringan pada minit ke-66, diikuti jaringan Muhammad Farhan Roslan lapan minit kemudian.

Pahang berjaya mengurangkan defisit menerusi pemain import dari Brazil, Matheus Alves Leandro pada minit ke-89, namun Larsen sekali lagi menghukum kesilapan benteng pertahanan pasukan pelawat menerusi jaringan keduanya, seminit kemudian.

Di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, jaringan lewat penyerang import dari Lebanon, Mohammed Mahmoud Ghaddar pada minit ke-89 membantu Kelantan mengatasi tuan rumah Felda United FC 2-1.

Skuad ‘The Red Warrior’ membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi Indra Putra Mahayuddin, namun penyerang import dari Liberia, Zah Rahan Krangar menyamakan kedudukan pada minit terakhir babak pertama, sebelum Mohammed Mahmoud mengesahkan tiga mata buat Kelantan.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula terpaksa berkongsi satu mata dengan Selangor apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.


Pasukan T-Team pula mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas juara Liga Perdana 2016, Melaka United di Stadium Hang Jebat menerusi jaringan pemain import dari Mali, Mamadou Samassa pada minit keempat dan pemain import dari Uzbekistan, Farhod Tadjiyev, 10 minit kemudian.

Pemain import dari Korea Selatan, Jeon Woo-young membantu skuad Hang Tuah mengurangkan defisit pada minit ke-47.

Sementara itu, jaringan tunggal pemain import dari Filipina, Mark Andrew Hartmann pada minit ke-71 membantu Sarawak mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tuan rumah, Pulau Pinang di Stadium Negeri, Batu Kawan.

Terdahulu, pendatang baharu Liga Super, PKNS FC meneruskan rentak kemenangan dengan mencatat kemenangan kedua dalam empat aksi liga selepas menewaskan Perak 3-0 di Stadium Shah Alam.

Pemain import dari Argentina, Lucas Sebastian Espindola muncul wira pasukan apabila membuka jaringan pada minit ke-45 dan menggandakan jaringan dua minit kemudian, sebelum penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali melebarkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-85. – BERNAMA

Kategori