Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

BN Tawar Pendidikan Percuma...

PRU15 | BN mengambil langkah drastik dengan menawarkan pendidikan percuma dalam manifestonya, iaitu...

Terowong Dasar Laut P.Pinang:...

PUTRAJAYA - Dua pemimpin syarikat bergelar “Datuk” yang ditahan reman bagi membantu siasatan...

PANAS!!! … PAS Nyatakan...

KOTA BAHARU – Dewan Ulama PAS Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am...

Siswazah Usah Takut Tentang...

KUALA LUMPUR - Siswazah bumiputera perlu berani menentang arus dengan melakukan pekerjaan di...

Kedah Kaji Kemuka Aduan Mutu Pengadil!

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengkaji sama ada akan membuat aduan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung mutu pengadilan dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia malam tadi.

Laman Facebook rasmi KFA dalam satu kenyataan memberitahu, persatuan itu dalam meneliti insiden pasukan PKNS menjaringkan gol sewaktu pemain Kedah sedang meraikan gol kedua pasukan itu.

“Dalam menyelusuri insiden semalam pada babak selepas Sandro Mendonca menjaringkan gol, pihak kami dalam proses meneliti detik dan sebarang fakta bagi membuat rumusan dan akan melihat pilihan jika perlu membuat aduan kepada FAM untuk kebaikan bola sepak Malaysia,” kata laman Facebook berkenaan hari ini.

Menurut KFA, persatuan itu telah mendapatkan video rakaman perlawanan tersebut daripada TV9, namun gambaran dari sudut lain diperlukan terutamanya dari video rakaman peminat yang menyaksikan perlawanan berkenaan.

Justeru, KFA meminta penyokong pasukan Kedah yang mempunyai rakaman insiden berkenaan supaya mengajukannya kepada [email protected] untuk membantu KFA membuat penilitian mengenai perkara itu.


“Mohon kepada semua penyokong yang hadir semalam hantar sebarang video berkenaan insiden tersebut untuk kegunaan kajian pasukan daripada pelbagai sudut sebagai panduan,” kata KFA.

Perlawanan diantara PKNS dan Kedah malam tadi menyaksikan insiden tegang apabila pengadil perlawanan meneruskan perlawanan walaupun pemain Kedah sedang meraikan kejayaan gol menyebabkan PKNS memperoleh jaringan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori