Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ratu Cantik Dunia 2014...

KEPUTUSAN Ratu Cantik Dunia sememangnya sentiasa dinanti-nantikan meskipun secara tradisi pertandingan berprestij ini dijalankan...

Video: Rahsia Body Mantap...

SEMENJAK video tarian geleknya menjadi viral di laman sosial, nama anak pelakon dan...

Iskandar Akur Terpaksa Bermula...

KUALA LUMPUR - Akur terpaksa bermula daripada bawah, pemain perseorangan badminton, Iskandar Zulkarnain...

Kes Rasuah Projek Solar...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi...

Kedah Isytihar 24 Jan Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Thaipusam

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan 24 Januari ini sebagai cuti peristiwa negeri sempena sambutan Thaipusam oleh masyarakat India.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang berlangsung di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan negeri mahu mewartakan Thaipusam sebagai cuti umum, beliau berkata kuota untuk cuti umum di negeri ini telah pun penuh.

“Kita dah cukup (kuota cuti umum) jadi tak boleh nak gazet tambahan satu hari lagi, walaupun begitu kita ada kelonggaran umum cuti peristiwa,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Wisma Darul Aman.

Beliau berharap pihak swasta akan turut sama mengikut keputusan yang kerajaan negeri dalam mengisytiharkan 24 Jan sebagai cuti peristiwa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori