Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Imigresen Melaka Selamatkan 30...

MELAKA - Sebanyak 30 wanita warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan...

Ambrin Ada Kuasa Mutlak...

Bekas ketua audit negara Madinah Mohamad bersetuju bahawa pendahulunya Ambrin Buang adalah individu...

Sasar Sarang Dadah Di...

Port Dickson : Polis merampas pelbagai jenis dadah dan menahan 41 individu ketika...

Bedilan Russia Lumpuhkan Pangkalan...

LONDON: Russia membedil dan melumpuhkan pangkalan tentera udara Starokostiantyniv dengan senjata ketepatan tinggi...

Kedah Bentang Bajet 2018 Berjumlah RM1.38 Bilion

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah hari ini membentangkan Bajet 2018 berjumlah RM1.38 bilion dengan defisit sebanyak RM75.72 juta atau 9.71 peratus.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ia meliputi RM855.22 juta perbelanjaan mengurus dan RM532.2 juta peruntukan dan pinjaman daripada kerajaan persekutuan untuk perbelanjaan pembangunan.

“Perbelanjaan pembangunan tersebut meliputi RM274.66 juta pinjaman daripada kerajaan persekutuan bagi projek pembangunan bekalan air.

“Unjuran defisit mencatatkan penurunan berbanding 10.28 peratus pada tahun 2017 dan 14.95 peratus pada tahun 2016, ia satu testimoni bahawa kerajaan ini berupaya menyediakan bajet yang realistik serta mampu dicapai berdasarkan kemampuan semasa,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Katanya, di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM262.84 juta diperuntukkan bagi pembayaran emolumen, perkhidmatan dan bekalan (RM161.18 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM74.38 juta), perbelanjaan aset (RM13.4 juta) dan sebanyak RM5.1 juta bagi lain-lain perbelanjaan.

Bajet 2018 yang bertemakan ”Menerus Kemajuan, Menzahir Impian’ menjurus kepada tiga strategi iaitu yang pertama meningkatkan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat menerusi falsafah ‘Bajet mudah dilaksana, Manfaat dikongsi bersama’.

Keduanya, merangsang serta mempelbagaikan asas ekonomi negeri sebagai persediaan menuju masa hadapan dan yang terakhir ialah memastikan momentum pembangunan dan kemajuan yang seimbang serta berimpak tinggi dapat dicapai melalui langkah yang praktikal dan dasar yang mampu dicapai.

Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM779.50 juta pada tahun hadapan dan daripada jumlah itu hasil cukai menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak RM302.96 juta atau mewakili 38.87 peratus.


Hasil bukan cukai pula menyumbang sebanyak RM252.59 juta manakala terimaan bukan hasil pula dianggarkan sebanyak RM223.94 juta, katanya.

Katanya sepanjang penggal pemerintahan Barisan Nasional, tahun 2016 menyaksikan pencapaian terbaik bagi prestasi kutipan hasil sepanjang lima tahun pemerintahan.

“Jumlah hasil negeri bertambah kepada RM601.63 juta bagi tahun 2016 berbanding hanya RM518.43 bagi tahun 2015,” katanya.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2018 pula diunjurkan sebanyak RM40,441 juta. – BERNAMA

Kategori