Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Restoran Australia Lantik Ayam...

PELBAGAI gimik dilakukan oleh peniaga untuk melariskan produk jualan mereka, dan restoran makanan segera di...

Lebih 25 Ekor Haiwan...

KUALA TERENGGANU - Remaja yang terkenal dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ terpaksa...

Tiada Kata Sepakat Dalam...

PETALING JAYA - Satu taklimat khas oleh PAS mengenai rang undang-undang Hudud Kelantan...

40 Kes Bunuh Diri...

KUALA LUMPUR - Terdapat sebanyak 40 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di hospital...

Kedah Azam Baiki Kedudukan Dalam Carta Liga

ALOR SETAR – Kemenangan Kedah ke atas MIFA dalam saingan Piala Malaysia malam tadi menjadi pembakar semangat buat pasukan itu untuk mencari kemenangan seterusnya dan menduduki puncak liga.

Pemangku ketua jurulatih Kedah Azzmi Ab Aziz berkata beliau berpuas hati dengan corak permainan terbaik yang dipamerkan anak buahnya walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain tunggak utama pasukan.

“Kredit harus diberikan kepada semua pemain kerana mereka telah bermain sebagai satu pasukan dengan baik terutama pemain muda yang berjaya menggalas tanggungjawab diberikan,” katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Kedah menewaskan MIFA dengan jaringan 3-2, seterusnya meletakkan pasukan pada tangga ketiga dan berkongsi empat mata dengan pasukan Kelantan yang menduduki tempat kedua carta Liga manakala MIFA teratas, dengan enam mata.

Beliau berkata untuk pertemuan dengan MIFA sekali lagi di tempat lawan pada 26 Ogos ini, beliau yakin jika anak buahnya dapat mengekalkan rentak permainan seperti itu, tidak mustahil Kedah mampu mengutip mata di sana seterusnya terus memberi saingan dalam carta Liga.

“Kita buat persediaan secukupnya, dari segi pemain junior dan senior kita tak ada masalah. Mereka semakin serasi dan misi kita adalah bermain sebaik mungkin untuk mencapai kemenangan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jurulatih MIFA K. Devan berkata kelekaan dan kesilapan berulang pada bahagian pertahanan menyebabkan Kedah berjaya mencipta serangan berbahaya seterusnya menghasilkan gol.

“Kita bermain baik apabila mendahului 1-0, namun Kedah pasukan yang berpengalaman dan mereka juga bermain dengan baik malam tadi, tuah tidak menyebelahi kita dan mereka menang perlawanan itu,” katanya.

Katanya untuk melayan kunjungan Kedah, anak buahnya tidak boleh membuat kesilapan mudah lagi dan perlu kembali kepada prestasi asal seperti yang dipamerkan dalam dua perlawanan sebelum ini. – BERNAMA

Kategori