Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Exco Melaka Gesa Orang...

MELAKA - Rakyat Melaka digesa menderma darah di Tabung Darah, Hospital Melaka di...

Proton Tingkatkan Pengeluaran Pesona

KUALA LUMPUR – PROTON Holdings Bhd kini meningkatkan pengeluaran di samping menambah stok...

6,000 Pil Syabu Ditemui...

PADANG BESAR - Polis memberkas lima lelaki berikutan penemuan 45 kilogram ganja dan...

Sara Tak Layak Menang,...

BERAKHIRLAH sudah rancangan realiti tv, Clever Girl yang penuh kontroversi sejak disiarkan bermula...

Kedah Ambil Pendekatan ‘Tunggu Dan Lihat’ Isu Vape

ALOR SETAR – Kedah mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Jelasnya, buat masa ini kerajaan negeri mahu melihat pendekatan yang diambil negeri lain dan membuat sedikit kajian sebelum membuat pengumuman dalam masa terdekat ini.

“Sekarang ini kita belum buat apa-apa ketetapan. Saya terima laporan soal kesihatan yang jadi asas kenapa Majlis Fatwa haramkan vape, jadi ini pun satu yang kita perlu pertimbangkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lepas memutuskan hukum menghisap vape dan shisha adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.


Isnin lepas, Melaka mengambil keputusan mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di negeri itu, manakala Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan untuk membenarkan penjualannya dengan mengambil kira kepentingan orang bukan Islam yang menghisap vape.

Negeri lain yang turut mengharamkan vape ialah Johor, Kelantan dan Terengganu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fdTFuoe0fYI[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori