Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Isu Hubungan Sulit: TPM...

CANBERRA - Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce, telah meletak jawatan pada Jumaat...

APMM, Agensi Peguat Kuasa...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan akan meningkatkan kerjasama dengan...

Pedofilia Britain Rogol, Cabul...

RICHARD Huckle, 30, yang disifatkan sebagai penjenayah kes pedofilia paling teruk di Britain berhadapan...

Bayi 4 Kaki Tambahan...

AKHIRNYA bayi lelaki dari Iran yang dilahirkan dengan empat kaki tambahan, dibenarkan pulang...

KEDA Baik Pulih 44 Rumah PPRT Menjelang Aidilfitri

PADANG TERAP – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan membaik pulih 44 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di daerah ini sebelum sambutan Aidilfitri, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah Datuk Badrol Hisham Hashim.

Beliau berkata program itu melibatkan kos RM579,000 dengan setiap rumah diperuntukkan RM13,000.

“Selain itu, sebanyak RM504,000 diperuntukkan untuk membina sembilan rumah baharu selepas raya ini dengan kos RM56,000 untuk setiap rumah,” katanya kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Baik Pulih Rumah anjuran KEDA dan Pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, di sini hari ini.

Badrol Hisham berkata Kedah menerima RM11.54 juta untuk projek PPRT itu dengan RM5.04 juta bagi pembinaan 90 unit rumah baharu dan RM6.5 juta untuk membaik pulih 500 unit rumah yang disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Pemilihan penerima ini dilakukan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penghulu, mereka akan buat carian individu yang layak dan kemudiannya diserahkan kepada KEDA untuk bancian,” katanya.

Badrol Hisham berkata kumpulan yang disasarkan ialah orang miskin, ibu tunggal dan warga emas.


Hari ini, mereka bergotong-royong membaik pulih rumah Siti Hajar Kahar, 78, di Kampung Pong di sini.

Warga emas itu meluahkan kegembiraan kerana rumah yang didiaminya sejak 30 tahun lalu dibaik pulih.

“Raya tahun ini seronoklah sikit sebab rumah dah elok sikit. Bilik air pun mereka ubah ke dalam berbanding dulu yang berada di luar. Mudah dan selamat sikit sebab saya tinggal seorang diri,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPRT

Kategori