Kecoh Ular Hiasan Disangka Ular Tedung Selar Sebenar

LONDON – Sebuah pangsapuri di selatan London menjadi kecoh apabila orang ramai menyangka mereka melihat seekor ular tedung selar di kawasan di situ hinggakan polis terpaksa dipanggil bagi berdepan dengan ular berbisa tersebut.

Ia menyebabkan polis terpaksa mengambil masa selama berjam-jam untuk mengesan ular tersebut dan pada masa sama mereka terpaksa berhati-hati kerana bimbang ular tersebut masih bebas di dalam kawasan taman di situ.

Manakala penduduk pula hanya memerhati dari jauh dan cuba melindungi diri mereka jika ular tersebut tiba-tiba muncul di depan mata.

Namun rupa-rupanya ular berkenaan hanyalah hiasan taman dan bukan ular hidup.

Ia hanya terbongkar apabila polis membuat pemeriksaan ke atas seorang penduduk di situ dan kemudian barulah dia memberitahu bahawa itu ular palsu.

Ia kelihatan seperti ular yang betul kerana cat pada ular plastik itu telah tertanggal.

- MYNEWSHUB.CC