Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Terkejut Trump...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak terkejut dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald...

Speaker Dewan Rakyat Belum...

KUALA LUMPUR – Usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Jual Buku Irshad Manji,...

Mahkamah Tinggi Syariah hari ini melepaskan tanpa membebaskan Pengurus kedai buku Borders Malaysia,...

Tan Sri, Puan Sri...

KLANG - Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan isterinya mengaku tidak bersalah...

Undang-Undang Pemandu Mabuk Dikaji

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan melihat semula keberkesanan undang-undang sedia ada dalam menangani kes memandu dalam keadaan mabuk terutamanya dalam soal hukuman yang dikenakan, kata Menterinya, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata penyelesaian segera perlu dicari bagi menangani isu itu selepas peruntukan sedia ada dalam undang-undang berkaitan dilihat tidak setimpal berbanding kesan daripada kesalahan tersebut.

“Sekiranya aspek undang-undang sedia ada tidak cukup ketat, kita akan pertimbang untuk memperketatkannya selepas ini,” katanya mengulas insiden empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki setelah dirempuh kereta dipandu pemandu mabuk di Tawau, Sabah pada Ahad lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini selepas melepaskan konvoi 22 peserta menggunakan kereta Porsche dari Putrajaya ke Bangkok, Thailand bagi menyertai sambutan Ulang Tahun Porsche ke-70, Loke berkata beliau telah mengarahkan siasatan terperinci dibuat berhubung insiden itu dan mahu pendakwaan sepatutnya dilakukan.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi Ahad itu, kereta dipandu wanita mabuk dikatakan melanggar tiga buah kenderaan serta orang yang sedang melepak di kawasan Jalan Chong Thien Vun, Tawau.

Untuk rekod, ketika ini pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dituduh di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM6,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh didakwa di bawah Seksyen 43 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara maksimum 12 bulan.

Sementara itu, Loke berkata beliau telah menyerahkan nama calon yang dicadangkan untuk mengisi jawatan pengerusi eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


“Pengumuman pengerusi eksekutif yang baharu itu akan diumumkan perdana menteri tidak berapa lama lagi… ini bagi memastikan kesinambungan operasi Mavcom tidak terganggu,” katanya tanpa memperincikan bilangan calon dan nama individu yang diserahkan.

Sumber yang dekat dengan Tan Sri Jen. (B) Abdullah Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata pengerusi eksekutif Mavcom itu akan meletak jawatan.

Mavcom menarik perhatian umum berikutan gesaan syarikat penerbangan tempatan seperti AirAsia, Eaglexpress Air Charter Sdn. Bhd. dan Suasa Airlines Sdn. Bhd. agar suruhanjaya itu dimansuhkan kerana didakwa tidak memahami industri penerbangan berfungsi selain pendedahan gaji dan elaun tinggi yang diterima Abdullah selaku pengerusi eksekutif iaitu kira-kira RM85,000 sebulan.

Loke berkata gaji pengerusi eksekutif baharu Mavcom akan dinilai semula. – BERNAMA

Kategori