Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kini Negara Ke-42...

KUALA LUMPUR - Setelah Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam Laporan Kegembiraan Dunia tahun ini,...

Amaran Ribut Petir &...

KUALA LUMPUR - Aktiviti ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor,...

Kes Ragut Di Melaka...

MELAKA - Bilangan kes ragut di negeri ini untuk tempoh sembilan bulan pertama...

Jangan Terlalu Banyak Guna...

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran agar mengurangkan penggunaan 'kata...

Kebakaran Pondok Keselamatan Mungkin Khianat

LANGKAWI – Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran sebuah pondok pengawal sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki di sini awal pagi ini sebagai satu perbuatan khianat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Langkawi, DSP Mahani Mohamed hari ini berkata mayat Muhammad Shukrey Azrey, 8, ditemukan dalam keadaan badannya di antara 60 dan 70 peratus melecur di dalam pondok itu.

Menurutnya bapa mangsa yang berumur 40 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pondok yang menuju ke tapak pelupusan sampah di Kilim itu telah mendakwa melihat sebuah kenderaan berhenti di tempat kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi.

“(Kata ayah mangsa) Dua lelaki (kemudiannya) telah keluar dari kenderaan (berkenaan) dan telah membaling sesuatu ke arah pondok itu (sehingga) menyebabkan pondok terbakar,” katanya.


Bagaimanapun, Mahani berkata siasatan yang turut melibatkan Unit Forensik Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat setakat ini masih belum menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan sebagai punca kebakaran itu. – BERNAMA

Kategori