Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Samsung Galaxy Note 4...

Samsung Galaxy Note 4 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 15 Oktober lalu...

Pengundi Lebih Muda Pada...

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini bersetuju menurunkan had umur layak mengundi daripada 21...

Hari Malaysia Disambut Meriah...

LABUAN - Lebih 2,000 peserta mewakili 105 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan bersempena...

Jangan Terpengaruh Berita Palsu...

JOHOR BAHRU - Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu atau...

Kesihatan YDP Agong Tidak Membimbangkan – Mukhriz

KUALA NERANG – Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Sultan Kedah, adalah stabil dan tidak membimbangkan, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak sihat… (ini) biasa sahaja.

“Tidak seteruk yang digembar-gemburkan melalui SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang saya tidak pasti dari mana datangnya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Anak Yatim Baitul Zainab di sini hari ini.

Mukriz berkata doa ke atas kesihatan dan kesejahteraan Sultan Kedah adalah perkara biasa yang dilakukan dan sentiasa disyorkan di kalangan rakyat Kedah.

“Tapi tak perlu sampai tahap panik kerana kita mempunyai doktor-doktor yang sentiasa menjaga kesihatan baginda.

“Dalam pengetahuan saya, keadaan baginda stabil dan tak membimbangkan,” kata Mukhriz ketika mengulas khabar angin tersebar semalam yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan gering.


Terdahulu, dalam kenyataan yang dikeluarkan di Alor Setar, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Mohd Puat Mohd Ali menafikan khabar angin yang disebarkan pihak tertentu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang gering.

Mohd Puat melahirkan rasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil menyebarkan fitnah bahawa Seri Paduka telah gering dan rebah di istana.

“Berita ini timbul apabila ada permintaan supaya diadakan majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di Kedah.

“Majlis bacaan Yasin ini lazim diadakan di Kedah kerana rakyat Kedah menyayangi Duli Tuanku,” katanya.

Mohd Puat turut mendoakan semoga Allah SWT menganugerahkan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah umur yang panjang dan sihat sejahtera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori