Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sandiaga Janji Berenang Di...

JAKARTA - Pilihan raya bagi memilih gabenor Jakarta semakin hangat dengan calon masing-masing...

Khalid Abu Bakar Saman...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil...

Hock Kai Tan –...

Oleh Hock Kai TanDua orang boleh melihat keadaan yang sama dengan cara yang...

522 Anak Pelarian Terpisah...

Washington - Kerajaan Amerika Syarikat menyatukan semula 522 anak pendatang yang terpisah daripada...

Keadaan Di Makkah Selamat, Terkawal – TH

MAKKAH – Jemaah haji Malaysia tidak perlu bimbang dengan situasi di Makkah dan mereka bebas bergerak untuk beribadat di Masjidil Haram ​kerana keadaan di kota suci itu masih selamat dan terkawal.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) 1438 Hijrah, Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata Tabung Haji (TH) sentiasa bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, dan setakat ini tiada sebarang amaran berjaga-jaga dikeluarkan.

“Keadaan di Makkah masih terkawal, jemaah boleh bergerak ke Masjidil Haram..,tiada sekatan (pergi ke mana-mana di Makkah) setakat ini.

“Kepada kaum keluarga jemaah haji (di tanah air)…insya-Allah semuanya selamat dan terkawal di sini. Kita pun sudah berada di Makkah, dan melihat sendiri keadaan adalah selamat dan terkawal,” katanya kepada pemberita Malaysia di Ibu Pejabat TH Makkah di Hotel Abraj AlJanadriyah di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji.

Pasukan keselamatan Arab Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai ‘Burkan-1’, yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi, namun berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.

Mengulas lanjut, Nurrin Anuwar menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya mengikut segala jadual yang ditetapkan TH, dan akan me​​maklumkan sebarang perkembangan terkini di sini, selain meminta jemaah peka dengan keadaan sekeliling.

“Alhamdulilah, TH bangga dengan jemaah Malaysia yang sangat berdisiplin, berpengetahuan dan mengikut arahan..selagi ikut arahan, keselamatan mereka akan terjaga.

“Kalau ada insiden, jangan kita pandai-pandai nak hampiri. Kita datang ke sini untuk beribadat, dan jauhkan diri daripada sebarang perhimpunan…fokus kepada ibadat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata TH juga mempunyai pasukan peronda untuk memantau dari segi aspek keselamatan jemaah haji Malaysia di Masjidil Haram, dan sebelum kumpulan itu keluar bertugas, mereka diberikan taklimat mengenasi situasi semasa di kawasan berkenaan.

“Anggota peronda kita mempunyai latar belakang pasukan keselamatan dan lebih arif untuk akses keadaan di luar sana,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Haji

Kategori