Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ribuan Rakyat Rai Keputeraan...

TOKYO - Ribuan rakyat jelata membanjiri perkarangan Istana DiRaja di Jepun hari ini untuk meraikan hari...

Tweet Batalkan Kemenangan Ratu...

ISTANBUL - Pemenang pertandingan ratu cantik kebangsaan Turki hari ini dipaksa menyerahkan semula...

2 Bot Asing, 47...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan asing bersama...

One Two Jaga Dicalonkan...

KUALA LUMPUR - Meskipun karya yang memfokus isu korupsi, One Two Jaga sukar...

Keadaan Di Istana Kehakiman Terkawal – Polis

PUTRAJAYA – Suasana di Istana Kehakiman di sini yang menjadi tumpuan ramai berikutan keputusan kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, secara keseluruhannya terkawal sekalipun terdapat provokasi daripada penyokong ketua pembangkang itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata tiada insiden keganasan dilaporkan sejak awal pagi sehingga semua mereka terbabit bersurai kira-kira 4 petang ini.

“Hanya satu tangkapan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana nmenghalang penjawat awam menjalankan tugas dan (orang berkenaan) dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Istana Kehakiman.

Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.

Sebaik hukuman diketahui umum kira-kira pukul 2 petang, penyokong Mohd Saiful yang berkumpul di perkarangan pintu hadapan Istana Kehakiman dilihat mula bersurai.


Bagaimanapun, kira-kira 500 penyokong Anwar yang berkumpul sejak 6.30 pagi enggan bersurai.

Ketegangan sedikit berlaku sehingga Unit Simpanan Persekutuan (FRU) memberikan amaran sebanyak tiga kali dengan membunyikan loceng.

Anggota FRU kemudian bergerak ke arah penyokong bagi membuka laluan kepada kenderaan polis yang difahamkan membawa Anwar keluar dari bangunan berkenaan.

Penyokong Anwar beredar sepenuhnya kira-kira pukul 4 petang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori