Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Beg Jurufoto Cetuskan Panik

KUALA LUMPUR - Sebuah beg yang ditinggalkan di luar ballroom sebuah hotel malam...

Kakak Dakwa Doktor Cuai...

ALANGKAH hancurnya hati apabila bayi yang dikandungkan selama sembilan bulan meninggal dunia disebabkan...

Misi Bantuan Di Nepal...

SEPANG - Penglibatan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam misi bantuan...

Tindakan Terhadap Pelaku Edar...

KUALA LUMPUR - Tindakan harus diambil terhadap pelaku, yang mengedarkan pertuduhan palsu terhadap...

KDNK Malaysia Antara Terbaik Di ASEAN – Johari

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini menegaskan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia antara yang terbaik di ASEAN, walaupun keadaan ekonomi global lembap.

Sambil menolak kritikan negatif terhadap kedudukan ekonomi negara oleh pembangkang, beliau berkata berdasarkan statistik pada 31 Julai, ekonomi masih berkembang sebanyak 4.1 peratus pada separuh pertama tahun ini, manakala Singapura mencatatkan hanya dua peratus.

“Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5 peratus berbanding Singapura 89 peratus dan lebihan dagangan kita pada 2015 sebanyak RM95 bilion dan RM45 bilion untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ekonomi Malaysia adalah pelbagai dengan sektor perkhidmatan menyumbang 54 peratus kepada KDNK, diikuti pembuatan (23 peratus), perlombongan (sembilan peratus), pertanian (lapan peratus) dan pembinaan (empat peratus).

Johari juga berkata sistem kewangan Malaysia amat berdaya tahan, dengan sektor perbankan mempunyai modal yang kukuh.

“Pasaran modal kita juga kukuh iaitu sebanyak RM2.8 trilion, pasaran ekuiti RM1.7 trilion dan Sukuk/Bon RM1.1 trilion,” katanya.


Fitch Ratings mengekalkan penarafan ‘A-‘ ke atas negara dengan unjuran stabil, mencerminkan asas ekonomi negara yang kukuh.

“Penarafan oleh Fitch, Moody’s dan Standard & Poor’s kekal pada A- berbanding semua negara ASEAN, kecuali Singapura, menunjukkan kita lebih baik,” kata Johari.

Sementara itu, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM391.9 bilion pada 15 Ogos, 2016. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori