Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Tentera Ditemui Mati...

Gambar seorang angggota tentera yang dipercayai membunuh diri kini bertebaran di media sosial.Menurut...

Polis Tidak Tolak Kemungkinan...

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan...

Eira Syazira Selamat Lahir...

TAHNIAH diucapkan kepada selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira yang telah selamat menimang...

Trump: Bintang Politik Pop...

MINGGU pertama Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) dipenuhi dengan pelbagai arahan...

KDN Keluar Perintah Larangan Terhadap 22 Penerbitan

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 22 penerbitan bertarikh 28 Sept dan 3 Okt lepas, kata Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Beliau berkata antara yang dikenakan perintah itu ialah 10 penerbitan terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Korea kerana dicetak tanpa ayat asal dalam bahasa Arab.

“Penterjemahan ke dalam bahasa lain wajib dilakukan mengikut ayat asal Al-Quran kerana terjemahan tanpa disertakan ayat asal tidak semestinya tepat disebabkan penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah bahasa Arab yang ada peraturan tertentu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Turut dikenakan perintah larangan ialah lima penerbitan yang mempromosikan idea liberalisme, fakta dikupas menggunakan logik akal, menggunakan unsur-unsur penghinaan terhadap agama Islam dan jelas menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Penerbitan tersebut bertajuk Islam Tanpa Keestreman: Berhujah Untuk Kebebasan; Islam Without Extremes: A Muslim Case For Liberty; Wacana Pemikiran Reformis (Jilid I dan II); dan Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi.

Selain itu, Alwi berkata dua buku bertajuk Islam dan Iman: Aturan-Aturan Pokok; dan Islam Kemodernan Dan Keindonesiaan turut dikenakan perintah larangan kerana mengandungi unsur-unsur mengelirukan umat Islam dan menyalahi syariah yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Hadis.

Katanya dua buku bertajuk Sekitar Masalah Tariqat (naqsyabandiyah); dan Meniti Jalan Hidayah: Menuju Toriqah Khotmul-Auliya pula dilarang kerana mengandungi amalan ilmu tasawuf yang diselewengkan dan jelas bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Penerbitan lain yang turut dikenakan perintah larangan ialah Tantra: The Search For Ecstacy; Aku ___, Maka Aku Ada!; dan Sapuman: Man of Steal.


Alwi berkata secara keseluruhannya, semua penerbitan tersebut dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda dan tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum.

“Kesemua penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kemoralan dan memudaratkan kepentingan awam,” katanya.

Sehubungan itu, Alwi berkata mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki penerbitan larangan adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Alwi berkata jika orang awam mendapati masih terdapat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang negara diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui laman sesawang moha.spab.gov.my. – BERNAMA

Kategori