Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sistem Insurans Pekerjaan Dijangka...

KUCHING - Sistem Insurans Pekerjaaan (SIP) dijangka dilaksanakan Januari ini sebaik diluluskan Dewan...

Dikurung 5 Tahun Jadi...

DIKURUNG di dalam almari selama lima tahun hanya untuk dijadikan sebagai hamba seks...

Azira Shafinaz Nafi Desas...

HEROIN drama bersiri 'Married Tapi Benci', Azira Shafinaz menafikan dakwaan dia telah berkahwin. Azira...

Muzium Kucing Haram Ditutup,...

SINGAPURA - Kementerian Pembangunan Negara (MND) tidak mengusir pemilik muzium kucing yang pertama...

KDN Disaran Fokus Isu Dadah Kalangan Nelayan

SUNGAI PETANI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) diharap dapat memberikan fokus yang lebih terhadap usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah di kawasan perkampungan nelayan.

Anggota Dewan Negara yang juga Penaung Kumpulan Wanita Nelayan (Kunita) Daerah Kuala Muda Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusof berkata, masalah itu kini bukan sahaja melibatkan golongan nelayan bahkan juga generasi muda yang berada di perkampungan tersebut.

“Saya ambil contoh di Kota Kuala Muda, yang mana terdapat satu kawasan tersorok di perkampungan nelayan yang dijadikan sarang penagih dadah yang masih aktif sehingga kini, malah terdapat beberapa lagi kes yang dilaporkan berpunca daripada masalah penyalahgunaan dadah di sekitar daerah.

“Sebab itu saya berharap agar penguatkuasaan yang lebih tegas dan agresif perlu dilakukan bagi membanteras masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sungai Petani di kompleks JKDM dekat sini, hari ini.

Shahanim berkata, pemantauan yang lebih kerap dan berterusan juga perlu dilakukan terhadap pelajar sekolah jika mahu golongan itu bebas daripada najis dadah.


“Semua pihak termasuklah polis, ibu bapa, guru, sekolah dan anggota masyarakat perlu memainkan peranan jika tidak mahu melihat masa depan golongan remaja dan belia, musnah akibat dadah,” katanya.

Sementara itu, lebih 500 tetamu mengunjungi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 JKDM Sungai Petani yang turut dihadiri Pengarah JKDM Negeri Kedah Datuk Johari Alifiah dan Ketua JKDM Sungai Petani Mohd Sukri Jusoh. – BERNAMA

Kategori