Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengajar PLKN Terlibat...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang bekas tenaga pengajar Program...

Tabung Haji Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan Bekas Naib Presiden Pas Pro-Pakatan...

Mustapa Sertai Pameran AEM...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, akan...

Suami Terkejut ‘Isteri’ Sama...

JEMBER - Seorang lelaki terkejut besar selepas mengetahui ‘wanita’ yang dikahwininya beberapa bulan...

Kaji Undang-Undang Berkaitan Bahan Letupan

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan kajian bagi mengemas kini undang-undang berkaitan bahan letupan di negara ini, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata kajian itu turut merangkumi pembuatan, pengedaran, import dan eksport baja ammonium nitrat yang merupakan bahan asas untuk membuat letupan.

“Kita akan mengkaji terlebih dahulu (undang-undang) dan sekiranya diperlukan, kita akan menggubal undang-undang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga kurang berkemampuan di Taman Perling di sini, hari ini.

Menurutnya kerajaan perlu mengawal selia pembuatan, penggunaan dan pengedaran ammonium nitrat dengan rapi memandangkan tiada undang-undang khusus berkaitan pembuatan dan penggunaan bahan itu di negara ini setakat ini.

Beliau berkata dengan mengkaji undang-undang itu, ia dapat mengekang tindakan pengganas membuat bahan letupan sendiri dengan menjadikan ammonium nitrat sebagai bahan asas.

“Kita (Malaysia) langsung tiada undang-undang khusus. Jadi, sekarang kerajaan, kalau perlu, akan gubal undang-undang baru berkaitan bahan letupan dan mengawal pembuatan, pengedaran, import dan eksport ammonium nitrat.

“Baja ini bila diolah, ia boleh menjadi asas bahan letupan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Nur Jazlan berkata KDN memandang serius insiden bunga api meletup hingga mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada penganjur yang mengadakan pertunjukan bunga api supaya menggunakan syarikat berlesen dan memohon permit yang sah dalam tempoh tujuh hari bekerja selain tidak menggunakan nama orang kenamaan dalam majlis mereka.

“Ada beberapa syarat yang perlu ditepati syarikat dan penganjur kerana ia melibatkan keselamatan rakyat di kawasan pertunjukan dan boleh membahayakan pesawat yang terbang di ruang udara pertunjukan berlangsung.

“Sebab itu, kita perlukan notis untuk syarikat yang menguruskan supaya dapat kebenaran dari KDN sebelum pertunjukan berlangsung,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori