KBS Berkerjasama Dengan Mercedes-Benz

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Mercedes-Benz Malaysia menjalin kerjasama untuk meningkatkan kemahiran vokasional dalam kalangan belia Malaysia, khususnya untuk memenuhuhi keperluan industri automotif.

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata, kerjasama itu sejajar dengan wawasan negara untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan dinamik bagi membolehkan mereka memiliki kelebihan apabila bersaing di pasaran kerja.

“Kerjasama ini akan memberi manfaat besar terhadap usaha membangunkan modal insan di negara ini. Lebih penting lagi, ia merupakan contoh jelas bahawa kerjasama antara sektor awam dan swasta boleh mencipta masa depan lebih cerah untuk belia Malaysia,” katanya.

Khairy berkata demikian sebelum menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KBS dan Mercedes-Benz Malaysia di sini, hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Roland Folger. – BERNAMA

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=rMM-HHjASb8

Loading...