Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kos Sara Anak Tinggi...

MELAKA - Kos membesarkan anak yang tinggi adalah antara faktor utama mengapa kadar...

JKNT Rampas Pelbagai Ubat...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas ubat tidak berdaftar dan...

Hormati Ramadan, Elak Perbuatan...

LIPIS - Umat Islam diingatkan supaya menghormati kehadiran Ramadan dengan tidak membuat fitnah,...

Cara Kerja Kakitangan JANS...

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata cara bekerja...

Kastam Sita Rokok, Minuman Keras RM3.1 Juta Diseludup

PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas barang seludup berupa minuman keras dan rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta di dua buah gudang di Klang dan dan Shah Alam, pada Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Kastam Kuala Lumpur Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata kesemua barang berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk perayaan Tahun Baharu Cina serta dijual di pasaran tempatan.

Beliau berkata dalam serbuan pertama di sebuah gudang di Jalan Ikan Bawal, Klang sebanyak 50,922 liter bir pelbagai jenama bernilai RM294,881 melibatkan duti/cukai sebanyak RM731,979 telah disita.

“Dalam serbuan itu, JKDM berjaya menyita sebanyak 10,050 karton kotak rokok putih bernilai RM316,800 melibatkan duti/cukai sebanyak RM1.2 juta.


“Pada masa sama, JKDM menahan dua lelaki dan dua wanita tempatan berumur lingkungan 21 tahun hingga 51 tahun untuk siasatan di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang larangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam Kuala Lumpur, di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori