Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

APMM Terengganu Tahan 2...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua bot nelayan...

Penggiat Industri Teh Guizhou...

KUALA LUMPUR - Wilayah Guizhou terkenal dengan teh berkualiti premium dan penggiat industrinya...

Edgar Lungu Menang Pilihan...

LUSAKA - Menteri Pertahanan, Edgar Lungu yang mengetuai Parti Barisan Patriotik Zambia, menang...

Program Perancangan Pembangunan Kem...

PORT DICKSON - Tentera Darat (TD) mempunyai program perancangan pembangunan termasuk pembangunan kem...

Kastam Rampas 880 Kg Dadah Bernilai RM18 Juta

NILAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah warga asing dan merampas 37 guni disyaki berisi dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM18 juta dalam satu serbuan di sebuah premis di Kajang, Selangor, Jumaat lepas.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata dalam serbuan yang dilakukan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM pada pukul 11.30 malam itu hasil maklumat awam, pihaknya turut menahan 18 warga asing yang berumur antara 18 hingga 50 tahun.

“Daripada 18 yang ditahan, 10 adalah warga Pakistan, empat Myanmar dan empat lagi Indonesia dan hanya tujuh daripadanya mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Ketika ditahan kesemua mereka ini sedang memunggah 1,885 guni-guni putih daripada dua buah kontena ke dalam premis yang disyaki dijadikan stor penyimpanan.

Hasil pemeriksaan ke atas kesemua guni yang dibawa menerusi Pelabuhan Barat, Port Klang yang diisytihar sebagai garam, daripada 1,885 guni pihak kami menemui sebanyak 37 guni disyaki dadah heroin dan ketamin. Daripada 37 guni itu yang masing-masing seberat 25 kilogram itu, 31 guni ada heroin seberat 766 kilogram dan enam guni lagi ada ketamin seberat 114 kilogram,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Subromaniam berkata kesemua dadah berkenaan diimport dari Karachi, Pakistan serta tidak menolak kemungkinan bahawa sindiket berkenaan di dalangi warga asing.


“Tapi kita juga menyiasat sama ada terdapat penglibatan daripada warga tempatan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Malaysia dijadikan negara transit oleh sindiket pengedaran dadah.

Subromaniam berkata kesemua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori