Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Perkecil Soal Perpaduan...

BELURAN - Soal perpaduan tidak harus diperkecil, tidak harus tidak diendahkan kerana nilai...

Tak Hadir Majlis Kahwin,...

MALANG... Seorang pengantin lelaki di China dimalukan di khalayak ramai di atas sebatang...

Tiada Kesan Makan Durian,...

TAPAH - Memakan buah durian sama ada selepas atau sebelum menerima suntikan vaksin...

Agong Titah Kajian Semula...

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian...

Kastam Banteras Penyeludupan Mercun

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) memperhebatkan usaha membanteras aktiviti penyeludupan terutama mercun dan bunga api di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Zulkifli Yahya berkata operasi yang dilancarkan bagi membanteras kegiatan tersebut dilakukan dengan kerjasama semua agensi penguatkuasaan yang terlibat di kawasan sempadan.

“Masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan harus menyalurkan maklumat itu kepada kami (pihak berkuasa) untuk tindakan,” katanya kepada Bernama selepas majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Kastam Kelantan Bersama Pengurusan Tertinggi jabatan itu dan majlis berbuka puasa di sini, malam tadi.

Zulkifli berkata penyeludup menggunakan pelbagai taktik untuk membawa masuk bahan larangan itu termasuk melalui pangkalan haram dan pelabuhan.

Beliau berkata orang ramai harus sedar bahawa bermain mercun boleh mendatangkan bahaya walaupun ia kelihatan meriah bagi meraikan sesuatu perayaan. – BERNAMA

​​​

Kategori