Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Naskhah ‘Bagaikan Puteri’ Pula...

SELEPAS kejayaan filem Tombiruo: Penunggu Rimba, kini penulis novel Ramlee Awang Murshid bakal...

Demi Angelina Jolie, Wanita...

ADA orang yang terlalu obses untuk kelihatan secantik selebriti pujaan mereka sehingga sanggup...

FGV Peruntuk RM10 Juta...

PEKAN - Felda Global Ventures (FGV) membelanjakan kira-kira RM10 juta setahun bagi melaksanakan...

Mahfuz Saran Industri Buka...

TANAH MERAH - Pihak industri disaran memberi ruang untuk bekerjasama dengan pusat thafiz...

Kasih Ibu Anjing Terhadap Anak Singa Menyentuh Hati

Kasih sayang tidak menjadi penghalang antara dua ekor haiwan yang berbeza untuk berkongsi rasa.

Ini yang berlaku antara seekor anak singa yang ditinggalkan oleh induknya dan seekor anjing dari spesies ‘sheepdog’.

Parys, anak singa malang yang dilahirkan di sebuah zoo di timur bandar Polish, Wojciechow, Poland tidak disusukan oleh induknya setelah dilahirkan.

Selepas dilahirkan, si ibu terus meninggalkannya tanpa memberi susu dan si bapa yang hanya menjilatnya sekali sebelum berlalu pergi.

Kata pemilik zoo, Krzysztof Zerdzicki, ketika dia mengangkat anak singa jantan tersebut, induknya telah datang dan menyentuh Krzysztof, seolah-olah menyuruhnya untuk menjaga anak singa tersebut dan kemudian berjalan pergi.

Namun demikian, mujur ada Carmen, ibu anjing milik Krzysztof yang baru sahaja melahirkan lima ekor anak.

Memainkan peranannya sebagai seekor ibu kepada Parys, Carmen menyusukan anak singa tersebut bersama-sama anak-anaknya yang lain.


Menariknya, disebabkan amaun susu yang diperlukan Parys banyak, maka Carmen menyusukannya lebih kerap dari anak-anaknya sendiri.

Menurut Krzysztof, Carmen bukan sahaja menyusukan Parys tetapi juga menjilatnya dan melayannya seperti anak sendiri, begitu juga dengan anak-anak anjing yang melayan Parys seperti ahli keluarga – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori