Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

250 Setinggan Musnah Terbakar...

KOTA KINABALU - Kira-kira 250 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Landung...

RM753,000 Baiki Kerosakan Di...

KUALA LUMPUR  - Kerajaan Selangor bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM753,000 menerusi beberapa agensinya...

32 Wanita Hamil ‘Haram’...

PHNOM PENH - Seramai 32 wanita warga Kemboja ditahan hari ini, kerana disyaki...

Perkukuhkan Kerjasama Keselamatan Malaysia-China

BEIJING - Mesin pengimbas tercanggih dari China yang mampu mengesan dengan pantas kegiatan...

Karnival IKS Bantu Usahawan Daerah Kerian

PARIT BUNTAR – Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu daerah Kerian akan menganjurkan Karnival Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sebuah pasaraya besar di sini hujung minggu ini bagi memberi peluang kepada para pengusaha memasarkan produk mereka.

Pengerusianya Elias Sarkawi berkata sebanyak 20 buah gerai jualan akan disedaikan kepada para usahawan IKS yang terlibat selama lima hari karnival yang bermula pada 17 Ogos.

“Karnival ini bertujuan memberi ruang kepada usahawan menjual produk IKS kerana banyak produk berkaitan tidak mendapat ruang untuk dipasarkan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Elias berkata karnival itu turut mendapat kerjasama Bank Muamalat serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) .

“Kita yakin pengunjung akan mengunjunginya kerana produk IKS sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.


Selain itu Elias berkata pihaknya juga merancang untuk mengadakan Gerbang Malam di sini mulai Oktober depan dengan menyediakan sebanyak 100 petak jualan sebagai antara usaha mencerikan Parit Buntar. – BERNAMA

Kategori