Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Insinerator RM1 Bilion Atasi...

MELAKA - Sebuah insinerator baharu bernilai RM1 bilion akan dibina di Tapak Pelupusan...

5 Suspek Terlibat Penipuan...

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan seorang lagi lelaki tempatan kerana...

Lebih Banyak Kubur Ditemui,...

DALAM laporan terkini, pihak berkuasa berjaya menemui lebih banyak kubur dan kem pemerdagangan manusia...

Kecoh Petir Kuat Di...

GEMPAR... Petang 31 Julai lalu, ketika umat Islam sibuk menunaikan solat fardu Maghrib,...

Kapten Maut Terhantuk Ketika Memancing

MIRI – Seorang kapten kapal maut akibat parah di kepala selepas terhantuk pada dinding kapal ketika memancing di jeti dekat Piasau di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 71 tahun dikatakan tergelincir dan terjatuh sebelum kepalanya terhantuk pada dinding kapal yang berlabuh dekat jeti berkenaan jam 7 pagi.

Sumber berkata, kejadian disedari seorang lelaki yang juga anak kapal berkenaan yang berusia lingkungan 30-an apabila menemui mangsa dalam keadaan telentang berlumuran darah.

Menurutnya, lelaki terbabit membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan segera menghubungi talian kecemasan.

“Sepasukan anggota polis kemudiannya ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan itu untuk siasatan lanjut.


“Pasukan paramedik yang turut hadir di lokasi kejadian mengesahkan warga emas itu meninggal dunia,” katanya. – myMetro Online

Kategori