Kapal Terbang Terkandas, Juruterbang Pesan Pizza Untuk Penumpang

JURUTERBANG penerbangan Delta telah bertindak dengan bijaknya memesan pizza untuk kesemua penumpang kapal terbang itu selepas penerbangan itu tergendala beberapa jam.

Penerbangan Delta yang dijadualkan terbang dari Philadelphia ke Atlanta itu terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk di Georgia.

Kesemua penumpang yang berada di dalam kapal terbang itu disajikan dengan pizza selepas terperangkap beberapa jam di lapangan terbang Knoxville, Amerika Syarikat.

CF9jlR1VIAA1ziW

Pizza-Collage

Penerbangan itu akhirnya berjaya tiba di destinasi Atlanta kira-kira 3 jam lewat daripada yang dijadualkan.

Tak kisahlah lewat macam mana pun, apa yang penting nyawa penumpang selamat dan yang pasti mereka semua seronok dengan pizza yang diberikan itu.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=BKcncQFx2iI

Oleh: Pitt

Loading...