Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cuma Tangguh, Bukan Langsung...

KUALA LUMPUR - Memikirkan risiko tinggi dijangkiti Covid-19, pastinya wanita hamil dan yang...

Mangsa QZ8501 Tidak Dilindungi...

 JAKARTA – Kesemua waris 166 mangsa termasuk penumpang dan krew pesawat AirAsia Indonesia...

Siti Nurhaliza Dilantik Penasihat...

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dilantik menjadi Penasihat Pelancongan...

Foto Juruterbang Berdoa Sebelum...

Foto ini adalah antara yang mula viral khususnya di kalangan netizen di Indonesia.Ia...

Kapal Dagang Asing Ditahan Di Perairan Pengerang

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal dagang asing tanpa muatan ditahan di perairan Pengerang, Kota Tinggi, dekat sini kira-kira pukul 2.50 petang semalam kerana didapati bersauh tanpa kebenaran.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Sanifah Yusof berkata kapal MT S3 yang didaftarkan di Dumai, Indonesia itu ditahan oleh bot peronda maritim ketika sedang melakukan operasi Perkasa Selatan di kedudukan kira-kira 3.8 batu nautika barat Tanjung Ramunia.

Katanya, terdapat enam kru lelaki warga Indonesia berusia antara 20 hingga 50 tahun berada di dalam kapal berkenaan.

“Selain gagal mengemukakan dokumen ketibaan bersauh, ia (kapal) juga tidak memaklumkan ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia serta membayar dius api dan memiliki insurans kapal.

“Justeru, dua daripada kru terbabit ditahan dan dibawa ke pejabat APMM Daerah Maritim Tanjung Sedili dekat sini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sanifah berkata kapal berkenaan akan didakwa mengikut Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Perluasan) 2011 (Akta A1393) dan Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran.


Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, katanya.

Beliau berkata sehingga hari ini, APMM telah menyelesaikan sebanyak 31 kes berkaitan dengan kesalahan sama.

“APMM akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara bagi memastikan keselamatan kapal-kapal yang melalui perairan negara sentiasa terjamin dan mereka mematuhi undang-undang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori