Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pastikan Tiada Unsur Agama...

Kuala Lumpur : Pesta Bon Odori yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara...

Pelajar Bertudung Diserang Lelaki...

OTTAWA - Seorang pelajar perempuan di Toronto diserang semalam oleh lelaki yang cuba...

Bayi Dicacah Tatu Pada...

BARU-baru ini tersebar gambar dan video mengenai seorang bayi yang dicacah tatu kartun...

Tengku Abdullah Puji Pembaharuan...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini memuji...

Kapal Angkasa NASA Kelilingi Planet Marikh

WASHINGTON – Kapal angkasa MAVEN milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat mula mengelilingi planet Marikh semalam, dalam misi untuk mengkaji bagaimana cuaca di planet Merah itu boleh berubah mengikut peredaran masa.

“Berdasarkan data pengemudian yang diperhatikan, tahniah. Kapal angkasa ‘Mars Atmosphere and Volatile Evolution’ (MAVEN) itu kini sedang mengelilingi Marikh,” kata Dave Folta dari Pusat Pelepasan Angkasa Lepas NASA Goddard.

Kapal angkasa tanpa juruterbang itu sudah melakukan perjalanan selama lebih 10 bulan dan 711 juta kilometer menuju ke Marikh bagi menjalankan kajian pertama di bahagian atas atmosfera planet berkenaan.

Data daripada kapal angkasa MAVEN bertujuan membantu saintis memahami apa yang berlaku ke atas air di Marikh dan karbon dioksida di atmosfera beberapa bilion tahun lalu.

Bagaimana Marikh hilang atmosferanya adalah salah satu misteri paling hebat sains.

Jawapannya boleh memberi harapan kepada potensi planet berkenaan untuk menyokong kehidupan – walaupun kehidupan mikro sejak lama dulu.


Hasil kajian MAVEN juga dijangka dapat membantu menambahkan ilmu mengenai bagaimana manusia boleh hidup dalam lawatan pertamanya ke Planet Merah, mungkin seawal 2030.

“Marikh adalah tempat sejuk, tetapi tidak ada banyak atmosfera,” kata John Clarke, salah seorang anggota pasukan sains MAVEN.

“Ia amat sejuk, bahkan bawah sifar. Atmosferanya adalah separuh peratus daripada penafasan kita.

” Tetapi kita tahu Marikh boleh berubah dan ia mungkin berbeza pada masa lalu. Terdapat banyak bukti dalam air yang mengalir di permukaan sejarah silam Marikh,” tambahnya.

Sebahagian besar daripada misi sepanjang tahun MAVEN adalah untuk mengelilingi planet berkenaan 3,730 batu d atas permukaannya. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • NASA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori