Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jasad Warga Emas Putus...

Bucharest - Seorang wanita putus dua selepas dilanggar sebuah tram.Menurut saksi, Elena Filotti,...

Naib Presiden PKR Kena...

KOTA KINABALU - Adakah PKR akan menuntut wang ganti rugi sebanyak RM5 juta...

Datuk Red Menggatal, Adira...

HANYA kerana suaminya, Datuk Red mengakui berhubungan dengan wanita lain selepas perbualan teks...

5 Smartphone Terbaik Di...

MUNGKIN ramai yang ingin memiliki telefon pintar kedua untuk mengasingkan kegunaan dengan telefon...

Kanak-Kanak Terperangkap 45 Minit Dalam Kereta

Jasin – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hampir lemas selepas terperangkap lebih 45 minit dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di sini, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam, kanak-kanak terbabit bersama bapanya berusia awal 30-an ke sebuah stesen minyak di sekitar pekan ini untuk mengisi minyak kereta sebelum kejadian.

Sumber berkata, ketika tiba di stesen minyak berkenaan, lelaki terbabit kemudian keluar ke kaunter bayaran meninggalkan anaknya bersendirian di dalam kereta yang dimatikan enjin.

“Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit menyedari penggera keretanya berbunyi dan serentak dengan itu semua pintu terkunci secara automatik,” kata sumber itu di tempat kejadian.


Pegawai Operasi JPAM Daerah Jasin Sarjan Mejar (PA) Muhamad Alif Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.50 malam daripada orang awam lalu betgegas ke tempat kejadian.

“Cermin tingkap belakang sebelah kiri terpaksa dipecahkan selepas mendapat keizinan bapa mangsa demi nyawa anaknya yang dapat diselamatkan pada jam 9.15 malam,” katanya di sini, malam tadi. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori