Kanak-Kanak Rentung Kebakaran Di Dengkil

SEORANG kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di kawasan perumahan Taman Gemilang, Dengkil, Pahang awal hari ini.

Menurut bomba, kebakaran kira-kira 4.27 pagi itu melibatkan tiga rumah teres setingkat.

Sebuah rumah terbakar hampir keseluruhannya manakala rumah di kiri dan kanannya masing-masing terbakar 50 peratus, katanya.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dan Balai Bomba KLIAdikerah ke tempat kejadian dan dapat mengawal kebakaran kira-kira 5.14 pagi.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, katanya.

Identiti mangsa masih belum diketahui. – MYNEWSHUB.CC