Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Kedua Fasha Bermula...

PETALING JAYA - Pelakon Fasha Sandha sudah menyenaraikan beberapa nama untuk bayi perempuan...

Belanjawan 2023: Projek Jana...

PETALING JAYA – Projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion, Jana Wibawa berjumlah RM7...

Berkas Jho Low: PDRM...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu respons pihak berkuasa Macau...

Equanimity Tarik Minat Pembeli...

KUALA LUMPUR – Lelongan kapal pesiaran mewah 'Equanimity’ yang didakwa milik ahli perniagaan...

Kanak-Kanak Mangsa Pemerdagangan Seks Diselamatkan

NEW YORK – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan 84 kanak-kanak, seorang daripadanya berumur tiga bulan dan menahan 120 yang lain dalam operasi membanteras pemerdagangan seks kanak-kanak di seluruh negara, kata pegawai semalam.

Kebanyakan mereka ditahan mengiklankan dan menjual kanak-kanak dalam talian untuk tujuan seks, kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Pusat Kanak-kanak Hilang dan Eksploitasi Kebangsaan (NCMEC) dalam satu kenyataan.

Dikenali sebagai Operasi Cross Country XI, ia dijalankan di hotel, kasino dan perhentian trak, selain di jalanan dan laman web, kata mereka.

Operasi itu turut membabitkan penangkapan sejumlah pekerja seks dewasa, termasuk 20 pelacur di Oregon.

Terdahulu, Operasi Cross Country mendapat kritikan hebat oleh peguam bela mewakili pekerja seks yang mendakwa mereka adalah mangsa eksploitasi dan tidak patut dikenakan tindakan jenayah. – Reuters/BH ONLINE

Kategori