Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Majlis Kahwin Paling Cool.....

Majlis perkahwinan adalah peristiwa paling bersejarah dalam hidup pasangan yang berjaya menyatukan cinta mereka. Maka, bermacam-macam...

Optimumkan Perbelanjaan Kerajaan –...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota pentadbiran dan...

Polis Tahan Suspek Kes...

KOTA BAHARU - Polis menahan seorang lelaki berumur 52 tahun pada Jumaat lepas...

COVID-19: Agong ‘Belanja’ Petugas...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyumbang...

Kanak-Kanak Kembar Siam Berkaki Tiga Bakal Dipisahkan

BRAZIL – Kanak-kanak kembar siam yang mempunyai tiga kaki, bakal dipisahkan dalam satu pembedahan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Meskipun ia merupakan pembedahan yang berisiko tinggi namun ibu bapa kepada Artur dan Heitor mahu meneruskannya bagi membolehkan kanak-kanak berusia lima tahun itu hidup berdikari.

Artur dan Heitor turut berkongsi hati, alat sulit dan organ dalaman.

Kanak-kanak itu akan dipisahkan di bahagian pinggang dengan setiap seorang mendapat satu kaki manakala sebelah lagi kaki akan digunakan untuk menghasilkan kulit gantian di bahagian dada, perut dan punggung dalam pembedahan yang disifatkan sebagai sukar.

Artur akan mendapat dua buah pinggang manakala abangnya hanya memperolehi satu buah pinggang.

Ibu mereka, Eliane, 37, berkata, pembedahan itu dilakukan bukan atas kehendak dia dan keluarganya sahaja malah Artur dan Heitor  juga mahu melakukannya.


“Mereka mahu berdikari dan mahu membuat keputusan sendiri ke mana hala tuju mereka.

“Setiap hari saya memikirkan mengenai pembedahan ini. Tetapi doktor sangat positif dan saya berharap pembedahan ini akan berjaya,’’ katanya.

Dalam pada itu, pakar bedah yang akan melakukan pembedahan berkenaan, Dr Zacharias Calil, berkata bagi doktor yang mempunyai pengalaman, ia bukan sesuatu yang amat sukar.

“Tetapi apa yang sukarnya ialah selepas pembedahan pemisahan itu, iaitu rawatan lanjut.

“Kita tidak tahu setakat mana kanak-kanak ini akan bertindak terhadap keadaan itu dan bagaimana badan mereka akan bertahan. Tidak ada kajian dilakukan mengenainya,’’ katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori