Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Nigeria Didakwa Tipu...

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Setahun Jokowi Jadi Presiden...

JAKARTA - Indonesia buat julung kali dalam sejarahnya mencipta rekod tersendiri apabila republik...

Kerajaan Batal Projek Laluan...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan...

Sabah Optimis Laksana Sistem...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah optimis untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang...

Kanak-Kanak 5 Tahun Lemas Di Papar

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun ditemukan lemas di pesisiran pantai Kampung Andus, Papar pagi ini setelah dilaporkan hilang petang semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini hari ini, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Jafar Abdullah dan ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam kira-kira pukul 6.40 pagi tadi.

“Mangsa dikhuatiri hilang di pantai Kampung Kuala Dalam, Papar kira-kira pukul 2.30 petang semalam, namun kehilangannya hanya dilaporkan ke balai polis dalam pukul 9 malam tadi.

“Pasukan bomba mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan pesisiran pantai sekitar Kampung Kuala Dalam pukul 9.29 malam, tetapi gagal mengesan mangsa sehingga operasi ditangguhkan pada 10.30 malam,” kata kenyataan itu.

Pasukan bomba menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papar, DSP Nor Azizulkifli Mansor ketika dihubungi berkata mangsa dikatakan memaklumkan neneknya kira-kira 12 tengah hari semalam bahawa dia hendak ke tandas namun terus keluar pergi bermain.


Bagaimanapun, selepas tidak pulang pada 2.30 petang, ibunya keluar mencari mangsa namun hanya menemui kasut anaknya di tepi pantai, katanya.

Beliau berkata ibunya yang mengesyaki anaknya hilang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar malam tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori