Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kenapa Nazri Aziz Hadir...

NAMPAKNYA, sensasi yang melanda Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz belum...

PH Akan Tentukan Tarikh...

PORT DICKSON - Majlis Presiden Pakatan Harapan akan menentukan bila tarikh yang sesuai...

32 Individu Ditahan Dalam...

JOHOR BAHRU - Tiga puluh dua individu termasuk seorang pengedar dadah ditahan dalam...

Songlap Duit: Netizen Persoal...

NAMPAKNYA, kemelut isu pertikaian wang sumbangan orang ramai kepada anak-anak mangsa nahas Lebuhraya...

Kanada Adakan Rundingan Bebaskan Paderi Di Korea Utara

OTTAWA – Seorang pegawai tinggi Kanada berada di Pyongyang untuk berunding berhubung pembebasan seorang rakyat negara itu yang kini ditahan di Korea Utara, lapor agensi berita China Xinhua.

Memetik laporan Canadian Broadcasting Corporation (CBC), perkara itu disahkan oleh jurucakap Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

Sementara itu, Media Pyongyang melaporkan penasihat keselamatan dan kebangsaan Trudeau Daniel Jean, berada di Pyongyang untuk mengetuai delegasi Kanada bagi berunding mengenai pembebasan paderi gereja Toronto, Hyeon-Soo Lim.

“Keadaan diri dan kesihatan Lim menjadi keutamaan pihak kerajaan sebab itu kami adakan rundingan,” kata pengurus perhubungan media Pejabat Perdana Menteri Cameron Ahmad.

Berdasarkan surat dihantar Lim kepada rakannya, sejak awal tahun beliau sering menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan sakit di bahagian perut susulan itu keluarganya mendesak Perdana Menteri membantu membebaskannya.


Paderi berusia 62 tahun itu, ditangkap pada 2015 kerana didakwa membahayakan maruah kepimpinan tertinggi dan cuba menggunakan agama bagi memusnahkan sistem pentadbiran Korea Utara.

Delegasi Kanada tiba pada hari sama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran kepada Korea Utara.

Pegawai kanan itu berkata, kehadiran delegasi ke Pyongyang berdasarkan keadaan Lim dan tiada kena mengena dengan isu peluru berpandu Pyongyang dan sekatan yang dikenakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – BERNAMA

Kategori